Wednesday, May 19, 2010

Jamuan akhir tahun 2009 kelas 6 PU1 Ibnu Khaldun

Gambar-gambar ini cikgu dedikasikan khas untuk para pelajar cikgu, pelajar PraU2 Ibnu Khaldun 2009 - jamuan akhir tahun kelas. Semua makanan dimasak sendiri oleh para pelajar. Pelajar masak di dalam bilik seni, lebih mudah...sebab dalam bilik seni ada kelengkapan yang lengkap seperti di rumah sendiri... ada dapur, kuali, pinggan-mangkuk, peti ais, jug letrik, radio, tempat solat dan berbagai lagi. Ruang solat boleh gak dijadikan wad ICU, kalau ada pelajar yang sakit perut ke, senggugut ke, pening kepala ke, ha semua nak masuk ruang ni.... tapi tak boleh tidor. Cikgu marah.








semuanya pandai memasak... tak sangka cikgu, tengok tu duan tengah buat telor dadar. Cikgu ? acah jer tu...sebab ramai ngat tukang masak dalam kelas ni...bior le diorang yang masak.

Cikgu suka tengok fizah..... tekun masak ayam. tak berubah tempat duduk..dari awal...sampai siap. Sebenarnya diorang ni seronok nak bakar ayam guna letrik nih... 'bar-b-que', tapi tak payah penat-penat tiup bara arang... jangan biasakan bakar ayam guna arang... karbon dalam arang adalah punca barah....awas!




eeeeee....sedapnya. semalaman cikgu perap tau. bahannya mudah jer...bawang merah, bawang putih, halia, lada giling, lada hitam, sos tiram, garam dan asam jawa..... gaul jer semua...
Ijah ni tak sabo sebenarnyer nak makan ayam nih..... sambil balik-balikkan ayam, meleleh air lior......



Cikgu Faezah, antara guru yang dijemput ke jamuan ini....datang awal..sponser puding raja sebagai pencuci mulut. Free lagi... pandai diorang ni bodek cikgu Faezah.


Waaahhhh...Rabi, Minah, Baiti, Azmah, Zalilah, Suhaida, Syahirah... sajer jer tu... nak dekat ngan ayam tu kan...








sebenarnyer cikgu suka tengok keakraban para pelajar kelas nih.... macam adik-beradik...tak dek berpuak-puak atau sombong menyombong antara satu sama lain. Semoga persahabatan korang kekal sampai bila-bila.

Wani, Roslah dan Husna kat belakang tu... bukan main happy... tunggu ayam masak.






Pelajar lelaki kelas ni memang sikit...hanya 3 orang sahaja. Yang besar skit tu (kiri) ialah Mohd Al-Idrus... gaya ayah-ayah kalau bercakap. sebelah kanan pula ... Mohd Hafiz,...rajin solat, sebab cikgu slalu tengok sejadah berubah tempat tanda ada yang menggunakannya...tahniah... mudah-mudahan berjaya dunia-akhirat.
..boleh buat calon menantu tuh....!




dari kiri...cikgu Faezah, cikgu Zaharah dan cikgu Norsasilawati..... mana ayam nih...tak masak lagi ke ?
kat tepi kiri meja guru... tu lah.... ruang solat.








ngaper muka Wanie Syahirah cam tu... lapor sangat la tu..... ayam tak masak-masak lagi.
tuuu...tinggal seketul je lagi tu...
nak tunggu semua masak gak sebab nak makan sama-sama..........................







Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......... Wani ni buat mende ngan ikan nih..... ikan ni, duan yang sponser....taukeh ikan la kata kan...











Cikgu Norhafizah Chung...duduk ,kanan sekali baru jer sampai.










Wanie ngan Yus ni nak minum air campur ngan mayonis ke.... sedap tuh.





















pas tu ajak lak Hafiz minum air sirap mayonis...
tengok muka hafiz, dalam mulut dier mesti penuh ngan air sirap mayonis... taknak telan ke....
telannnnnn....wani punyer pasal, apa jer sanggup koi buat.......






Azmah ngan Minah ni....... mesti best sandar kat badan minah kan....


tuuuuu....nampak macam 'roti john' sempat jugak masak...... 'roti john' ni kegemaran diorang, resepi special daripada cikgu zaharah....... roti yang disapu ngan sadin + telor,garam...pas tu bakar atas kuali leper, angkat, tabur plak ngan sayur kobis, karot(parut) dan daun sup... tambah plak ngan sos dan mayonis.....sedappppppppppp!!



Fullamak...... sedap giler... sehinga menjilat jari Yusafiza...... emmmmmm... betul, betul, betul....
kata wanie.









Dilaaaaaaaaaaaaaaaaa...... ngape nyer muka dila cam tu........
eeeeeeeeeeeeeeee.... ni mesti nak ayam lagi ... atau Dila tadi temakan bontot ayam... alamak cikgu rasa cikgu terlupa lah nak basuh bontot ayam tu tadi.....







Ni Wanie gak....diorang gelar Wanie beso... saiznyer besar skit jer daripada Wanie yang se lagi....











jejaka hansem yang kanan skali nih... Bob, bukan Bob Maley...tapi, Wan Mohd Hanis. Asyik berpeluh.... sihat la kata kan












3 orang jejaka nih... memang pemalu.












Yang kanan sekali ni...Nurhidayah... walaupun tak berapa nampak, rabun... pandai gak melukis.. kalau tak rabun... mesti kalah 2 2Wanie, kalah Roslah....












GPK 1; Pn. Huzni dan GPK KoKo; En Sokheh.... mana GPK HEM.......? Tak sudi datang kot, atau kekenyangan di DM asrama. Pengetua tak de masa ni... gi mesyuarat agaknyer.









nyaris tak tersembor.... ape agaknyer yang menggelikan hati cikgu Fizah nih?











Tanpa membuang masa.... Duan selaku pengerusi merangkap ketua kelas, memberikan sepatah dua kata dan membaca doa makan (perut memang dah lapor dah).......
jemput makan.....jemput makan...







Tengoooooook tu.... memang lapoooooor........
diorang pun makan...dan makan.....dan makan....dan makan.....dan makan.... entah sapai kul berapa....makan...makan ....makan...
pas tu basuh pinggan.... senang cikgu nak bawa balik smula mangkuk-magkuk cikgu.

Cikgu doakan akan kejayaan menyebelahi kalian semua..... mudah-mudahan juga persahatan antara kalian juga berkekalan..... amiiiiiiiiiiin. Kalau dah berjaya jangan lupa kat cikgu yek...
SELAMAT BERJUMPA LAGI.

Tuesday, May 11, 2010

lawatan ke Kuala Terengganu pd 28.5.2008


Sempena hari Hol negeri Pahang, kelab seni mengambil peluang untuk meluaskan langkah ke Kuala Terengganu. Cuti Hari Hol jatuh pada hari khamis, jumaat apa lagi .....ponteng...!! tak la... kami dapat pelepasan menggunakan satu hari persekolahan untuk aktiviti lawatan. Dalam setahun hanya dibenarkan 2 hari sahaja, dengan melayakkan 2 kelab sahaja dibenarkan dengan mendapat persetujuan daripada pengetua.

bertolak dari sekolah pada pukul 3.00 pagi dengan harapan agar pukul 10.00 kami dapat sampai ke destinasi.

Selepas sarapan di pertengahan jalan, kami sampai ke destinasi yang pertama iaitu Muzium negeri.

Berkumpul di hadapan pintu masuk Muzium.... mana pintu muziumnyer?.... rupa-rupanyer jauh di hadapan.
















Perbincangan antara guru pengiring... pastikan setiap guru mendapatkan maklumat untuk dijadikan soalan kuiz nanti.















Malangnye di dalam muzium tak dibenarkan mengambil apa-apa gambar. So pelajar pun diarahkan untuk bergerak secara berkumpulan dan mencatat maklumat yang dilihat. Sehingga tengahari pelajar di lihat menjelajah ruang dalam muzium...penat juga. Setelah makan tengahhari direstauran tempatan kami meneruskan lawatan ke Sutera Semai.. iaitu tempat menenun songket. pelajar diberi penerangan bagaimana sutera diperolehi.

Melopong semuanya.
Di Sutera semai juga pelajar melihat demontrasi mencanting batik.












Seterusnya pelajar dibawa ke ruang pameran Sutera Semai, untuk melihat produk songket yang dihasilkan.... cantik-cantik belaka. Tapi mahal gila..... tak mampu nak beli.








Kemudian kami melihat bagaimana produk tembaga dihasilkan. tembaga yang telah dicairkan perlu dituang ke dalam acuan yang diperbuat daripada tanah liat.






Dari Sutera Semai kami di bawa ke tempat penginapan tengah-tengah bandar Kuala Terengganu... bersebelahan pula dengan Kamdar...apa lagi, cikgu perempuan gi shoping la pulak.
Pada hari kedua, kami ke bengkel pembinaan perahu kolek. Tak sangka tutup... sebab ada perasmian serta majlis anugerah kepada pandai tukang perahu. Pelajar dijemput terus ke majlis tersebut.


beberapa model perahu kolek dipamerkan. cikgu sempat beli buku mengenai rekabentuk perahu tradisional untuk dijadikan koleksi bacaan pelajar di bilik seni.































Kemudian kami ke Pulau Wan Man untuk melihat replika masjid-masjid antarabangsa di Taman Tamaddun Islam. Pelajar dikenakan bayaran sebanyak RM 10.00 seorang.
Pelajar mendengar penerangan daripada staff yang bertugas.
Ali kelab seni mendengar penerangan dengan penuh kusyuk.... takut tercicir maklumat.






di hadapan masjid Kristal.

















Didalam Masjid Kristal... keadaan kubah yang unik dan siling yang mengkagumkan.














Replika masjid yang terdapat di India yang diperbuat dengan menggunakan tanah liat sebagai bahan utamanya.















Ni kat masjid kristal ....... bergambo sakan.
Dah buat solat sunat ke makcik dua orang ni.















Untuk mengelilingi Taman Tamaddun Islam ini, pelawat boleh berjalan kaki, berbasikal atau menaiki coaster yang disediakan.... tak sempat amik gambar sebab sibuk naik coasternya.









Dah penat di masjid Kristal kami pun ke Pasar Payang untuk makan dan membeli belah. Tak de satu pun gambar pelajar di Pasar Payang... sebab semua hilang mengikut langkah masing-masing. Dari Pasar Payang kami bertolak pulang ke Temerloh. Dalam perjalanan pulang kami singgah sebentar di Arfa Batik.....tak sesuai bawa pelajar ke sini sebab harganya mahal-mahal belaka. Cikgu pun tak de mood nak ambik gambar.... terus balik ke Temerloh. Tiba di Temerloh pada pukul 11.00 malam.