Monday, April 26, 2010

Aktiviti Ahli danTaman Batu Kelab Seni

Bilik Seni Visual merupakan bilik yang sangat penting untuk menjalankan semua aktiviti, lebih-lebih lagi kerja yang melibatkan warna, cat, simen

dan berbagai bahan yang mengotorkan.
Bahan-bakan kerja pelajar juga boleh dipa-

merkan di sudut bilik seni. gambar ini adalah
sebahagian karya pelajar yang cikgu paparkan di mini galeri Seni Visual. Tapi kini hanya tinggal kenangan kerana bilik ini telah diambil alih oleh cikgu Mazlan Daud untuk di jadikan stor. Bilik ini sekarang tidak terurus dengan baik, barang-barang bersepah dan banyak juga barang-barang lama cikgu yang rosak.
Gambar di bawah ini pula adalah suasana di hadapan pinti masuk ke kelas Seni Visual. Semua
pokok bunga, kolam dan peti ais cikgu bawa dari rumah khas untuk bilik seni. Tapi semua gambar-gambar ini hanya tinggal kenangan sebab cikgu sudah diberi bilik seni yang baru dan lebih luas serta selesa.







Taman batu ini pula cikgu buat bersama pelajar 4 PSV dan 4 Kem tahun 2007. Sekarang mereka di tingkatan 6 atas, masih belajar seni dengan cikgu juga. Cikgu ingat lagi antara pelajar yang paling rajin tolong cikgu masa itu ialah Iftitah, Nik Ehsan dan ramai lagi. Terima kasih ye..


Arca lilin ni cikgu buat masa cikgu mula-mula mengajar di ABS. Inilah projek besar yang pertama cikgu buat (1996).









Tegoktu Syawal, Azri... happy buat kerja seni. mereka sedang bina arca daripada kertas, menggabungkan tajuk rupa, bentuk jalinan dan ruang. 4 orang satu kumpulan (Tingkatan 2 Bistari).










Inilah hasilnya..... antara yang terbaik.
tak sangka kan ini adalah hasil tingkatan 2!!









Tahun 2009 merupakan tahun paling ramai ahli kelab seni ABS yang menyumbangkan tenaga untuk keceriaan sekolah. Segala penat lelah mereka telah mendapat pujian yang tidak terhingga daripada pengetua Pn. Hjh Fakhariyah bt Hj Abdul Hamid (aruah) kerana pelajar berjaya menghasilkan satu aktiviti yang sepatutnya dibayar dengan kos yang tinggi terutama terhadapt penghasilan Taman Batu oleh pelajar 4 PSV 2009. Begitu juga terima kasih kepada pelajar tingkatan 6 bawah 2008 kerana berkerjasama menghasilkan arca 'Cabaran ke U' hingga selesai.


Ahli kelab seni cikgu ramai perempuan berbanding lelaki... haa
tengok Duan tu..rajin tak terhingga, yang lain asyik kontrol cun..dia tetap gak bancuh simen. Nasib baik Duan ade, kalau tak abis simen cikgu cair semacam. Budak perempuan tu bukannyer pandai ngat bancuh simen..

laaaaaa....Duan bancuh simen, Duan gak yang lepa simen.


Haaa.. akhirnya siap gak separuh... kita sambung lak minggu depan, tapi tak sempat amik gambo.








Ni pulak cikgu paparkan bagaimana nak hasilkan batu buatan; simen ferro yang cikgu dah belajar dulu. Cikgu ikuti kusus simen ferro ni kat sekolah Menengah Teknik Sanggang, Sekolah bayar RM 70 jer seorang. Murah sangat berbanding RM 500 kalau belajar dengan agensi luar. Masa tu cikgu 'offer' diri untuk hadiri kursus ni sebab tiada seorang pun pekerja sekolah yang nak pergi...so cikgu nak la..sebab free.
Bukannye senang nak dapatkan kemahiran ni.
Sooo..cikgu ajar pulak anak murid cikgu..... pelajar 4 PSV 2009.

Adi Adha antara pelajar lelaki yang paling rajin tolong cikgu. Mula-mula, bengkokkan besi 2 hon, guna tangan jer...sebab besi ni tidak begitu keras. Ikat setiap seliseh besi tersebut dengan dawai halus supaya kemas.



Lepas tu salut besi-besi tersebut dengan 2 lapis jaring 'ayam', dan ikat lagi kepingan jaring ayam ini pada besi. Kepingan jaring ayam ini tidak boleh longgar daripada besi...nanti simen tak melekat.



Setiap kumpulan akan hasilkan longokkan batu simen ferro dengan sususan sendiri. Pelajar perlu kreatif agar susunan batu nampak natural

bukannya buatan. Untuk menghasilkan batu yang bersaiz lebih kecil, pelajar hanya perlu menggunakan serpihan batu, batu bata, konkrit yang tidak digunakan atau sampah keras.





proses menyimen perlu dilakukan di bahagian bawah terlebih dahulu, agar subjek menjadi lebih kukuh walaupun aktiviti bersambung pada inggu hadapannya.






haaa... dah siap pun. simen perlu dilepa sebanyak 2 kali. lapisan pertama adalah simen kasar, manakala lapisan kedua pula adalah simen halus.







seelok-eloknya, bina 3 saiz batu yang berlainan dalam satu longgok.



pelajar bertungkus-lumus menyiapkannya hingga tengah hari.








Setelah semua batu-batu disalut dengan simen kasar dan simen halus, ia perlu di cat pula dengan cat hitam untuk melatari warna batu.





tabur batu kerikil di sekeliling batu simen ferro agar menutup tapaknya yang kadang kala dihasilkan dengan tidak kemas.





























Dah siap pun... ini lah hasil kreativiti dan kesungguhan pelajar tingkatan 4 PSV... gempak kan..! Kalau upah orang buat, kosnya mencecah RM 4000 tapi pelajar 4 PSV buat dengan kos RM350 sahaja.


Friday, April 23, 2010

Motivasi Untuk Guru

MOTIVASI DIRI (Untuk aku seorang guru)

02 Mar 2004

MOTIVASI DIRI

Mengapa kita harus memotivasikan diri ?
Ø Motivasi diri sendiri adalah tenaga yang mengangkat diri seseorang itu ke sebarang tahap yang diingininya.
Ø Orang yang benar-benar berjaya sentiasa sedar akan tanggungjawabnya dalam motivasi diri sendiri. Peluang akan berada di mana-mana bagi anda yang bermotivasi tinggi. Orang yang bermotivasi diri akan bertindak, orang yang tidak bermotivasi hanya berjanji. Jika anda tidak dapat memanfaatkan tenaga dan potensi anda sendiri maka mental anda akan pudar sepanjang hayat. Tips-tips penting memotivasikan diri
Ø Keinginan seseorang akan hanya dicapai sekiranya ada tenaga motivasi dalam diri sendiri.
Ø Kejayaan seseorang itu bergantung kepada kesedaran pentingnya memotivasikan diri sendiri. Ø Mengabaikan tenaga motivasi diri sendiri membawa seseorang menuju kegagalan.
Ø Memotivasikan diri sendiri sebelum memotivasikan diri orang lain.
Ø Individu yang benar-benar telah memotivasikan diri akan menikmati sebarang peluang yang dating padanya tanpa mengira masalah dan kesusahan.
Ø Individu yang mempunyai motivasi akan sentiasa bergiat cergas dalam sebarang aktiviti manakala individu yang tiada motivasi dalaman akan duduk diam tanpa sebarang tindakan positif.
Ø Perkara utama yang harus dilaksanakan oleh seseorang itu ialah perancangan bagi memperolehi tenaga motivasi diri sendiri serta perlaksanaannya.

Mempertingkatkan motivasi diri
1. Mempunyai matlamat – jangka pendek dan jangka panjang
2. Kenal diri – kekuatan dan kelemahan
3. Bercita-cita untuk berjaya
4. Ada perancangan dan ikut perancangan
5. Usaha berterusan
6. Jangan biarkan diri selalu dibuai dalam keadaan selesa
7. Tampal kata-kata hikmat dan baca selalu
8. Ikuti majlis ilmu
9. Dapatkan sokongan / semangat jika anda tiada semangat
10. Melakukan kerja-kerja sukarela – hidup lebih bermakna dan ceria.

Sifat-sifat Kegagalan
Ø Tidak yakin pada diri sendiri
Ø Tidak yakin akan dirinya dan kemampuan untuk melaksanakan usaha atau kerja yang dihadapinya
Ø Melengahkan keputusan penting, tidak mahu mengambil risiko dan mengharapkan masalah selesai dengan sendirinya.
Ø Sikap egoistic dan memandang status.
Ø Sentiasa ingin disanjungi tetapi tidak mahu berfikir dan maju ke hadapan.
Ø Tidak bertanggungjawab dan tidak mengambil berat tentang persekitaran.
Ø Berpuas hati dengan apa yang ada tanpa berusaha.
Ø Tidak mempunyai cita-cita untuk menikmati kehidupan yang lebih bermakna. Sifat-sifat Kejayaan
Ø Fikiran yang tetap Tetapkan matlamat untuk diri sendiri di dalam satu jangka masa yang ditentukan. Pastikan jangka masa matlamat tercapai.
Ø Perancangan Kemahuan hendaklah dirancang terlebih dahulu.
Ø Semangat dan Azam Azam yang kuat dan semangat yang kental hendaklah dipupuk dengan sempurna.
Ø Percaya Kepada Diri Sendiri Kepercayaan kepada diri sendiri dan kebolehan sendiri hendaklah diutamakan.

Pengurusan Masa

Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang :
Ø Masa sebelum tidur
Ø Masa terbangun di tengah malam
Ø Masa bangun tidur – subah / pagi cuba bayangkan apa yang telah dipelajari semalam Ø Masa bercermin (Lekatkan Nota Penting Dekat Cermin)
Ø Masa sarapan pagi (Baca nota ringkas)
Ø Masa berjalan ke kelas
Ø Masa menunggu bas
Ø Masa sampai awal pagi ke kelas
Ø Masa menunggu pensyarah / guru / kawan Kaedah Belajar Yang Berkesan
Ø Beri tumpuan
Ø Bersoal jawab
Ø Membaca
Ø Membuat latihan-latihan
Ø Memahami
Ø Membuat nota ringkas
Ø Menggunakan symbol
Ø Belajar komputer Cara-cara Mewujudkan Minat Belajar Anda perlu membuat refleksi tentang tanggungjawab terhadap diri anda, ibubapa, keluarga, guru, negara dan masyarakat
Ø Apakah cita-cita saya ?
Ø Bagaimanakah cara untuk mencapainya ?
Ø Apakah tanggungjawab saya ?
Ø Bagaimanakah ibu bapa saya bertungkus-lumus untuk membiayai pelajaran saya ?
Ø Adakah saya menjadi teladan yang baik kepada adik beradik saya ?
Ø Adakah saya menjalankan tugas-tugas seperti yang dikehendaki oleh ibu bapa dan guru ?
Ø Apakah kepentingan pendidikan kepada saya ?
Ø Apakah yang harus saya lakukan ? Merancang Masa Depan Anda
Ø Senaraikan perkara yang akan dilakukan setiap hari, minggu dan bulan.
Ø Laksanakan mengikut keutamaan contoh :
buat homework secepat mungkin tanpa menunda ke hari lain.
Ø Gunakan masa terluang dengan sebaiknya seperti ke perpustakaan, menelaah, cari bahan rujukan, bincang dengan rakan dan guru
Ø Buat kerja remeh pada pusingan produktiviti rendah contohnya waktu petang – perbincangan Ø Minimakan gangguan – contoh :
lepak di bilik kawan, tonton VCD, chat dan menonton TV

Ciri-ciri Pelajar Yang Sering Terkandas
Ø Tiada jadual belajar
Ø Ulangkaji pelajaran di saat akhir
Ø Anggap TV dan lagu dapat membantu memudahkan ulangkaji pelajaran
Ø Belajar untuk peperiksaan sahaja
Ø Suka menangguhkan kerja Anda Ingin Berjaya Dengan Cemerlang
Ø Belajarlah dengan cara yang lebih efektif
Ø Ikutilah rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar yang cemerlang
Ø Hargai diri anda, kebolehan anda, bakat anda dan masa depan anda

Jika anda mengamalkan masa-masa belajar ini dengan betul dan disiplin, pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.

MOTIVASI TINGGI

Definasi Motivasi
Sesuatu yang membuat atau mendorong seseorang berusaha atau melakukan sesuatu dengan penuh semangat.
Menurut Dennis Child, motivasi merupakan satu keperluan untuk merangsang kita bertindak ke arah matlamat yang diingini .

Seorang Pendidik yang mempunyai motivasi
• Menyampaikan ilmu pengetahuan yang berkualiti
• Menjadikan diri sebagai teladan kepada pelajar
• Merangsang dan meningkatkan usaha pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan
• Mewujudkan suasana pembelajaran yang penuh keilmuan dan semangat yang berterusan

Antara Tip yang boleh membantu pendidik
• Minat yang mendalam terhadap tugasan
• Menghadiri kursus motivasi untuk meningkat semangat kerja
• Bergaul dengan rakan-rakan pendidik yang mempunyai motivasi yang tinggi, berfikiran
positif dan optimis.
• Mencari ruang atau peluang untuk meningkatkan kerjaya


Untuk membina sikap positif dalam diri, anda boleh amalkan 10 PETUA yang disenaraikan dibawah. Amalkannya setiap masa dan dimana sahaja sehingga ia menjadi tabiat baru anda.

• Petua 1: Jangkakan kejayaan.
• Petua 2: Lakunkan watak orang cemerlang.
• Petua 3: Ubah penampilan diri.
• Petua 4: Berkawan dengan orang berjaya.
• Petua 5: Dalami ilmu kecemerlangan.
• Petua 6: Fokus kepada apa yang anda mahu.

Petua 7: Kejayaan silam membarai diri.
• Petua 8: Saranan diri positif.
• Petua 9: Soal diri dengan soalan yang positif.
• Petua 10: Pelaziman minda.

Tuesday, April 20, 2010

Soalan 2-Kesantunan dalam tenunan







peralatan tenunan yang dipamerkan di pameran UPSI.














pelbagai contoh tenunan dengan pelbagai teknik



teknik tenunan biasa ,dan tafting.













motif rama-rama hanya ditampal pada tenunan dasar.





teknik plain weave teknik tafting plain weave dan tafting.














ini adalah contoh karya tenunan yang boleh dijadikan sebagai idea dalam karya pelajar....jangan tiru tau...
























Tenunan fiber - menggunakan berbagai jenis benang dengan tujuan untuk mendapatkan kesan jalinan yang pelbagai.










contoh dokumentasi tenunan:

KAJIAN LITERATUR

Sejarah Tenunan
Tenunan adalah suatu proses hasil jalinan atau sulaman benang-benang secara selang-seli antara benang loseng ( yang menunggu ) dengan benang pakan ( yang mendatang ) untuk dijadikan sehelai kain. Seni tenunan adalah suatu warisan yang terus mendapat tempat istimewa dalam kebudayaan Nusantara. Faktor yang mendorong perkembangan seni tenunan ini dapat disorot pada kepentingan kedudukan rantau ini dari segi geografi. Sebagai tempat persinggahan kapal yang strategik, Nusantara menjadi tumpuan utama pedagang dari Tanah Arab, India dan China. Antara barangan yang didagang ketika itu ialah kain termasuk kain tenun. Oleh sebab itu, seni tenunan di Nusantara banyak dipengaruhi dari negara-negara tersebut. Di antara tenunan yang paling terkenal ialah Songket Melayu dan Tenunan Pua peribumi Borneo. Perusahaan tenunan ini banyak dilakukan di negeri Pantai Timur khususnya di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Teknik hasil kraftangan tenunan utama yang menampakkan keseragaman tekstil Melayu. Kain tenunan beerti kain atau tekstil yang dihasilkan dengan teknik tenunan yang dibuat daripada benang. Tenunan awal yang dihasilkan dengan menggunakan alat tenun duduk, yang masih kekal dalam budaya masayarakat Iban. Masyarakat Bajau Darat atau Iranun juga mewarisi alat tenunan duduk, tetapi berkembang kemudiannya dengan alat tenun berkaki seperti alat tenunan di wilayah budaya tekstil Meayu pesisir yang lain. A.J Hill ( 1949 ) beranggapan bahawa menenun adalah perusahaan yang tertua yang telah dihasilkan di Terengganu dan Kelantan dengan menggunakan ‘kei berkaki’. Peralatan yang lebih maju berbeza dengan alatan duduk suku Iban, Iranun, Bajau, Batak ( ikat Pakan ).




Jenis-jenis Kain Tenunan






Kain Cindai
Catatan sejarah membayangkan bahawa kain cindai dibawa masuk ke Tanah Melayu pada abad ke-12 atau ke-13 Masihi. Kain ini berasal dari Hadrami di wilayah Gujerat, India dan dibawa ke negara ini oleh pedagang Islam melalui pelabuhan Terengganu. Kain cindai ialah sejenis kain nipis dan ringan yang ditenun daripada benang sutera yang sederhana kasar. Coraknya dihasilkan dengan teknik ikat dan celup. Kain cindai dibahagikan kepada dua jenis iaitu cindai jantan dan cindai betina. Perbezaannya dikenali pada corak atau bunga dan pada warna latar atau tanahnya. Cindai jantan mempunyai bunga yang kasar dan garang, manakala cindai betina menampilkan bunga yang halus dan lembut. Bunga kain cindai diberi nama yang unik seperti giling kacang, hujan lebat, sekawan merpati dan tikar ru.

Kain Limar
Pada tahun 1773 pemerintah Melaka, Sultan Mansur Syah I telah meminta para penenun istana mencipta sejenis kain yang menyerupai kain cindai dan kain songket. Daripada pemerintahan diRaja itu, lahirlah kain limar. Ketika kain limar mula-mula dihasilkan dahulu, kombinasi warna-warna buah limau iaitu rentetan warna dari hijau kuning ke merah tua digunakan. Kain limar ditenun daripada benang sutera dan bersulam benang emas. Kedua-dua cara digunakan untuk membuat kain cindai dan kain songket. Teknik buatan kain limar sama dengan kain cindai cuma perbezaannya sebelum ditenun, coraknya ditentukan dengan cara mengikat benang-benang itu berkelompok pada alat aning. Kain limar merupakan pakaian wanita istana pada zaman dahulu.

Tenunan Pahang
Kain tenunan Pahang dipercayai berasal daripada Sulawesi dan dibawa ke Pahang pada abad ke-16. Tokoh yang bertanggungjawab ialah Tuk Tuan atau Keraing Aji yang berketurunan Bugis dan bermastautin di Kampung Mengkasar, Pekan, Pahang. Dari Pahang, corak ini berkembang ke Kelantan dan Terengganu. Tenunan Pahang menggunakan alat yang dikenali sebagai kei siam. Kedua-dua benang sutera dan benang kapas boleh digunakan. Motif utama ialah petak-petak dan jalur tegak atau melintang.

Tenunan Rungus
Kain yang ditenun secara tradisional ini diusahakan oleh kaum Rungus yang mendiami daerah Kudat, Sabah. Tenunan Rungus menggunakan benang kapas. Proses menenun kain Rungus ini serupa dengan proses menenun kain dastar dan kain pua. Alat tenunan dipanggil kek sandang belakang untuk menenun dastar dan disebut ‘babaal’ dalam bahasa Rungus. Warna tradisi kain Rungus ialah hitam, merah, kuning dan putih. Warna kuning dan putih digunakan sebagai warna rekacorak dan jalur. Corak kain ini direka supaya jalur-jalur tersusun mengikut motif yang berlainan. Motif tenunan Rungus berunsurkan bentuk binatang, manusia, senjata dan tumbuh-tumbuhan.

Tenunan benang kapas
Tenunan ini adalah tenunan biasa termasuk dalam kelompok tekstil sederhana iaitu jenis awal yang ditemui di wilayah budaya tekstil Melayu pesisir. Tekstil ini khususnya yang diperbuat daripada kapas dipakai oleh kalangan rakyat biasa. Tenunan biasa berhias corak hasil jalinan tenun benang pakan dan loseng berwarna. Pada peringkat ini, tenunan biasa masih di peringkat sederhana iaitu belum lagi diberi motif hiasan. Tenunan bercorak mula memperlihatkan keindahan khususnya apabila benang sutera atau benang emas diselit untuk mengimbangi motif jalur atau garis kecil seperti pada kain hujan emas. Hampir seluruh wilayah budaya tekstil melayu seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Riau-Siak, Sulawesi, Minangkabau, Palembang menghasilkan tenunan biasa atau tenunan becorak yang seperti ini.

Tenunan Pua
Tenunan Pua diusahakan oleh kaum Iban di Sarawak. Alat tenunan tradisional ini dinamakan kei tumpah. Alat ini biasanya tersimpan di beranda rumah panjang. Semasa menenun, alat ini diikatkan pada tiang rumah dan tenunan diregangkan dengan menyandangkan pada penenun. Tenunan pua dikaitkan dengan cara hidup masyarakat Iban. Kerja menenun itu dilakukan sendiri mengikut adat, penenun mesti akur pada petua dan pantang larang. Misalnya, rekacorak hantu atau roh yang dikenali sebagai ‘engkeramba’ tidak boleh ditenun di pinggir pua. Rekacorak itu mesti ditenun di tengah-tengah pua dan dipagari oleh rekacorak ‘kemerbai’. Jika tidak dilakukan sebegitu, hantu atau roh itu akan terlepas dan mengacau penghuni rumah panjang atau mungkin membawa malapetaka ke atas mereka. Tenunan pua ada pelbagai jenis. Di antaranya ialah pua mata, pua rara dan pua kumbu. Pua kumbu adalah pua yang paling rumit. Cuma penenun yang mahir dan cekap sahaja sanggup untuk menghasilkannya. Manakala, pua mata dan pua rara biasanya ditenun oleh penenun yang kurang mahir atau baru belajar. Kebanyakan corak yang digunakan adalah berunsurkan tumbuh-tumbuhan dan binatang. Motif tenunan dihasilkan daripada teknik ikatan iaitu ikat dan celup. Pewarnan tenunan pua diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan seperti kunyit, pinang dan kulit kayu baku. Warna utama yang digemari adalah merah tua, coklat, kuning dan hitam. Biasanya kain pua yang kasar dijadikan selimut manakala kain pua yang halus dijadikan kain sarung dan jaket untuk dipakai pada majlis-majlis tertentu. Kini, kegunaan kain pua dipelbagaikan seperti hiasan dinding, beg tangan, kulit fail, alas meja dan sebagainya.

tenunan biasa ,tenunan pahang dan tenunan pua.

tenunan songket
Pemilihan subjek matter

Bunga Kantan
Sebahagian besar masyarakat kini mengenali pokok kantan. Lazimnya di kampung-kampung pokok kantan ditanam di halaman rumah yang bertanah lembap. Pokok ini digunakan sebagai bahan perasa di dalam masakan tertentu. Bunga kantan khususnya digunakan dalam masakan asam pedas dan juga laksa. Malah ada juga di kalangan kita menggunakan pokok ini sebagai pewangi bagi menghilangkan hanyir ikan. Bunga kantan dikenali secara saintifik sebagai Phaeomeria imperialis mempunyai batang yang lembut dan berdaun panjang. Urat di tengah daunnya tenggelam. Menurut Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan UPM, Mohd. Said Saad, buah kantan adalah dalam bentuk gugusan, bewarna hijau tua dan bertukar warna coklat apabila sudah masak. Apabila buah kantan yang sudah masak, ianya berasa masam. Manakala bunganya pula akan bewarna merah apabila sudah masak. Bunga kantan dikatakan sebagai awet muda jika dimakan secara mentah seperti dibuat ulam ataupun dicampurkan ke dalam masakan tertentu. Di dalam perubatan tradisional, batang pokok kantan ini digunakan untuk menghilangkan bau badan yang mana ia begitu popular di kalangan wanita yang baru lepas bersalin. Batangnya ditumbuk lumat dan direbuskan sehingga mendidih. Kemudiannya air rebusan itu dijadikan air mandian. Selain daripada itu, biji buah kantan juga dikatakan mempunyai khasiat tertentu dalam perubatan herba tradisional. Ia boleh mengurangkan rasa kurang bermaya dan juga selera makan. Bijinya ditumbuk sehingga lumat dan toskan. Kemudian air itu dicampur dngan segelas air suam. Minumlah di waktu pagi dan sebelum tidur di waktu malam.


Bunga Kantan adalah sejenis tumbuhan rempah yang hidup di kawasan tanah rendah. Ianya adalah dari spesis Gingers yang lazimnya digunakan di dalam masakan asam pedas dan laksa utara. Bunga Kantan bukan sahaja istimewa dalam masakan tempatan malah ianya berfungsi sebagai awet muda apabila ia dimakan mentah sebagai ulam.





Spesis Bunga Kantan
-Bunga Bawang Merah ( Allium ceper ) juga dikenali sebagai Spring Onion.
-Bunga Cekur ( Kaempferia galanga ) juga dikenali sebagai Sand Ginger
-Bunga Kantan Biasa ( Phaeomeria magnifica ) juga dikenali sebagai Common Torch Ginger.
-Bunga Kantan Merah ( Phaeomeria maingayi ) juga dikenali sebagai Red Torch Ginger.






pelajar perlu melukis subjek dari pelbagai kedudukan; oleh itu subjek mesti pelajar dapatkan secara betul...bukan gambar. Cari bunga kantannya dan belah...lukis rupa keratan rentas belahan bunga tersebut. ini bertujuan untuk dapatkan motif yang lebih menarik

PERNYATAAN MASALAH

Permasalahan semasa

( Tenunan OFF LOOM )
Teknik COILING
Teknik ini mempunyai 2 jenis iaitu coiling spiral san coiling dandan. Masalah yang timbul apabila coiling ini menggunakan bahan tali parcel yang dimasukkan pada benang loseng yang lembut seperti benang bulu kambing. Benang loseng akan tertarik dan akan menyebabkan ianya ramping. Oleh itu, pemilihan beang loseng perlulah dari jenis yang kuat dan keras bagi mengelakkan masalah sebegini timbul.

PENYESUAIAN TEMA
Tema Bunga Kantan yang dipilih disesuaikan dengan warna yang digunakan. Pelukis menggunakan warna asli bunga kantan dan persekitarannya dalam design yang dipamerkan. Setiap rekaan pelukis menggunakan warna merah seharmoni sebagai warna tetap bunga kantan.

hasilkan beberapa kajian warna untuk dapatkan kesan warna yang menarik. Kekalkan warna semulajadi subjek.
PENYESUAIAN BAHAN DAN TEKNIK
Untuk teknik Coiling jenis coiling spiral, bahan yang sesuai digunakan adalah tali parcel atau tali guni yang mempunyai struktur yang agak keras. Begitu juga dengan benang loseng yang digunakan mestilah kuat seperti tali guni. Ianya akan memperlihatkan lilitan yang cantik dan kemas apabila bahan yang digunakan bersesuaian. Sebaliknya jika bahan yang digunakan adalah berstruktur lembut seperti benang bulu kambing ia sukar mendapatkan hasil lilitan yang kemas. Tetapi untuk teknik Coiling jenis dandan, boleh digunakan benang lembut tetapi benang loseng tetap memerlukan benang yang agak keras dan kuat. Ini akan mengelakkan karya menjadi ‘ramping’. Manakala kelebihan menggunakan benang yang lembut, coiling dandan dapat dihasilkan secara rapat dengan mudah dan kemas.

plain weave.
tafting coiling spiral

Untuk teknik Plain weave, apa-apa sahaja bahan boleh digunakan. Jika diperhatikan teknik ini menyerupai seperti anyaman tikar. Boleh digunakan bahan semulajadi seperti daun kelapa misalnya dan yang penting adalah benang loseng haruslah kukuh.

OOF LOOM

Untuk teknik Tafting pula, bahan yang biasa digunakan adalah benang bulu kambing. Oleh kerana strukturnya lembut, ia dapat menghasilkan karya yang gebu seperti permaidani tebal.

Tokoh tenunan fiber

Fiber Artist Robert E. Paige

ON WEDNESDAY, July 8, Parish Gallery in Georgetown had a special appearance by fiber artist Robert E. Paige. For more than three decades Paige has traveled the world of art as an educator, creator, or as a critic of sorts. He was a student at the Art Institute of Chicago and worked at the architectural firm Skidmore, Owings & Merrill. He ventured to Milan, Italy, while there sold pattern designs for manufacturing of scarves and dress fabric for the house of Fiorio. Through this association, he was invited to participate in the largest silk manufacturing exhibition held in Lake Como, Italy. Upon returning to the United States he consistently participated in exhibitions, lectures and workshops from the elementary school level to college and universities. He was also invited to the west coast of Africa to tour textile manufacturing facilities that included the silk-screening process and their studios. Thus, the "Dakkabar Collection" was born and created. He has toured U.S. cities to promote his collection designed exclusively for Sears, Roebuck & Company, to reach out to African American consumers. He toured 56 cities, and the collection was sold in 130 stores around the country. In addition, Mr. Paige has sold designs to Carson, Pirie Scott & Company and Marshall Fields of Chicago.
THE ARTIST'S geometric patterns and shapes of all types on fibers - silks and cottons -- and canvasses express pure art and total design. He has an eye for subtle color combinations and organic patterns that vibrate with the intensity of his African heritage. His designs glow with disciplinary creativity.

Fiber artist Robert E. Paige
Parish Gallery is located at 1054 31st Street, N.W., Washington, D.C. The gallery is open Tuesday through Saturday, from noon to 6 p.m.; other hours by appointment. For more information, visit http://www.parishgallery.com/

Tokoh tenunan tempatan/pribumi

Weaver magic: Ong wearing his trademark "topi tunjang" hat and showing the different pieces of silk 'pua kumbu' handwoven by the weavers of Rumah Garie in Ulu Kapit.
A: Eva Anttilla; 'white vail' , media: linen dan campuran fiber.
B: Anni Albers; 'Pictorial Weaving', media: benang bulu kambing.
A B

Selamat menghasilkan folio dengan baik.