Sunday, June 13, 2010

Dosa-Dosa di Facebook


Wahim Worley: DOSA-DOSA DI FACEBOOK

DOSA-DOSA DI FACEBOOK

Monday, 24 May 2010 at 23:02
Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya. Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook. Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah. Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri. Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga. Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa. Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook. Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2) Terlebih gambar Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai. Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu. Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah. Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'. Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .
3) Penyamaran Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu. Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan. Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain. Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar. Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat. Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka. Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya. Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat. Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya. Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.
KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook. Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa. Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin. Sekian Zaharuddin Abd Rahman

Updated about 2 weeks ago · Report Note
4 people like this.

Wan Muhd Ali
bagus penerangan ini, semoga kita semua lebih 'sedar' akan dosa yang dilakukan walau hanya dengan bermain fb..
24 May at 23:32 · Flag

Alissa Haz
Trima kasih kerana mengingatkn papa binti Ibrahim. Hasben sy yg 'like' tu, email dh psl ni ke isteri die ni dlu. Siap amik password sume lg. Heee.. :)
25 May at 11:18 · Flag

Nik Razita Yaakub
Alhamdulillah, bagus Peringatan & Info yg diberi, tujuannya baik utk mengingatkn sesama kita almaklumlh kita insan biasa yg sering lupa & leka, moga2 dpt diteruskn lagi, Terima kasih.
27 May at 17:15 · Flag

Atiefah Amaliana Omar
nice note..tq sbb da sdarkan sy...
31 May at 17:08 · Flag

Wednesday, May 19, 2010

Jamuan akhir tahun 2009 kelas 6 PU1 Ibnu Khaldun

Gambar-gambar ini cikgu dedikasikan khas untuk para pelajar cikgu, pelajar PraU2 Ibnu Khaldun 2009 - jamuan akhir tahun kelas. Semua makanan dimasak sendiri oleh para pelajar. Pelajar masak di dalam bilik seni, lebih mudah...sebab dalam bilik seni ada kelengkapan yang lengkap seperti di rumah sendiri... ada dapur, kuali, pinggan-mangkuk, peti ais, jug letrik, radio, tempat solat dan berbagai lagi. Ruang solat boleh gak dijadikan wad ICU, kalau ada pelajar yang sakit perut ke, senggugut ke, pening kepala ke, ha semua nak masuk ruang ni.... tapi tak boleh tidor. Cikgu marah.








semuanya pandai memasak... tak sangka cikgu, tengok tu duan tengah buat telor dadar. Cikgu ? acah jer tu...sebab ramai ngat tukang masak dalam kelas ni...bior le diorang yang masak.

Cikgu suka tengok fizah..... tekun masak ayam. tak berubah tempat duduk..dari awal...sampai siap. Sebenarnya diorang ni seronok nak bakar ayam guna letrik nih... 'bar-b-que', tapi tak payah penat-penat tiup bara arang... jangan biasakan bakar ayam guna arang... karbon dalam arang adalah punca barah....awas!




eeeeee....sedapnya. semalaman cikgu perap tau. bahannya mudah jer...bawang merah, bawang putih, halia, lada giling, lada hitam, sos tiram, garam dan asam jawa..... gaul jer semua...
Ijah ni tak sabo sebenarnyer nak makan ayam nih..... sambil balik-balikkan ayam, meleleh air lior......



Cikgu Faezah, antara guru yang dijemput ke jamuan ini....datang awal..sponser puding raja sebagai pencuci mulut. Free lagi... pandai diorang ni bodek cikgu Faezah.


Waaahhhh...Rabi, Minah, Baiti, Azmah, Zalilah, Suhaida, Syahirah... sajer jer tu... nak dekat ngan ayam tu kan...








sebenarnyer cikgu suka tengok keakraban para pelajar kelas nih.... macam adik-beradik...tak dek berpuak-puak atau sombong menyombong antara satu sama lain. Semoga persahabatan korang kekal sampai bila-bila.

Wani, Roslah dan Husna kat belakang tu... bukan main happy... tunggu ayam masak.






Pelajar lelaki kelas ni memang sikit...hanya 3 orang sahaja. Yang besar skit tu (kiri) ialah Mohd Al-Idrus... gaya ayah-ayah kalau bercakap. sebelah kanan pula ... Mohd Hafiz,...rajin solat, sebab cikgu slalu tengok sejadah berubah tempat tanda ada yang menggunakannya...tahniah... mudah-mudahan berjaya dunia-akhirat.
..boleh buat calon menantu tuh....!




dari kiri...cikgu Faezah, cikgu Zaharah dan cikgu Norsasilawati..... mana ayam nih...tak masak lagi ke ?
kat tepi kiri meja guru... tu lah.... ruang solat.








ngaper muka Wanie Syahirah cam tu... lapor sangat la tu..... ayam tak masak-masak lagi.
tuuu...tinggal seketul je lagi tu...
nak tunggu semua masak gak sebab nak makan sama-sama..........................







Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......... Wani ni buat mende ngan ikan nih..... ikan ni, duan yang sponser....taukeh ikan la kata kan...











Cikgu Norhafizah Chung...duduk ,kanan sekali baru jer sampai.










Wanie ngan Yus ni nak minum air campur ngan mayonis ke.... sedap tuh.





















pas tu ajak lak Hafiz minum air sirap mayonis...
tengok muka hafiz, dalam mulut dier mesti penuh ngan air sirap mayonis... taknak telan ke....
telannnnnn....wani punyer pasal, apa jer sanggup koi buat.......






Azmah ngan Minah ni....... mesti best sandar kat badan minah kan....


tuuuuu....nampak macam 'roti john' sempat jugak masak...... 'roti john' ni kegemaran diorang, resepi special daripada cikgu zaharah....... roti yang disapu ngan sadin + telor,garam...pas tu bakar atas kuali leper, angkat, tabur plak ngan sayur kobis, karot(parut) dan daun sup... tambah plak ngan sos dan mayonis.....sedappppppppppp!!



Fullamak...... sedap giler... sehinga menjilat jari Yusafiza...... emmmmmm... betul, betul, betul....
kata wanie.









Dilaaaaaaaaaaaaaaaaa...... ngape nyer muka dila cam tu........
eeeeeeeeeeeeeeee.... ni mesti nak ayam lagi ... atau Dila tadi temakan bontot ayam... alamak cikgu rasa cikgu terlupa lah nak basuh bontot ayam tu tadi.....







Ni Wanie gak....diorang gelar Wanie beso... saiznyer besar skit jer daripada Wanie yang se lagi....











jejaka hansem yang kanan skali nih... Bob, bukan Bob Maley...tapi, Wan Mohd Hanis. Asyik berpeluh.... sihat la kata kan












3 orang jejaka nih... memang pemalu.












Yang kanan sekali ni...Nurhidayah... walaupun tak berapa nampak, rabun... pandai gak melukis.. kalau tak rabun... mesti kalah 2 2Wanie, kalah Roslah....












GPK 1; Pn. Huzni dan GPK KoKo; En Sokheh.... mana GPK HEM.......? Tak sudi datang kot, atau kekenyangan di DM asrama. Pengetua tak de masa ni... gi mesyuarat agaknyer.









nyaris tak tersembor.... ape agaknyer yang menggelikan hati cikgu Fizah nih?











Tanpa membuang masa.... Duan selaku pengerusi merangkap ketua kelas, memberikan sepatah dua kata dan membaca doa makan (perut memang dah lapor dah).......
jemput makan.....jemput makan...







Tengoooooook tu.... memang lapoooooor........
diorang pun makan...dan makan.....dan makan....dan makan.....dan makan.... entah sapai kul berapa....makan...makan ....makan...
pas tu basuh pinggan.... senang cikgu nak bawa balik smula mangkuk-magkuk cikgu.

Cikgu doakan akan kejayaan menyebelahi kalian semua..... mudah-mudahan juga persahatan antara kalian juga berkekalan..... amiiiiiiiiiiin. Kalau dah berjaya jangan lupa kat cikgu yek...
SELAMAT BERJUMPA LAGI.

Tuesday, May 11, 2010

lawatan ke Kuala Terengganu pd 28.5.2008


Sempena hari Hol negeri Pahang, kelab seni mengambil peluang untuk meluaskan langkah ke Kuala Terengganu. Cuti Hari Hol jatuh pada hari khamis, jumaat apa lagi .....ponteng...!! tak la... kami dapat pelepasan menggunakan satu hari persekolahan untuk aktiviti lawatan. Dalam setahun hanya dibenarkan 2 hari sahaja, dengan melayakkan 2 kelab sahaja dibenarkan dengan mendapat persetujuan daripada pengetua.

bertolak dari sekolah pada pukul 3.00 pagi dengan harapan agar pukul 10.00 kami dapat sampai ke destinasi.

Selepas sarapan di pertengahan jalan, kami sampai ke destinasi yang pertama iaitu Muzium negeri.

Berkumpul di hadapan pintu masuk Muzium.... mana pintu muziumnyer?.... rupa-rupanyer jauh di hadapan.
















Perbincangan antara guru pengiring... pastikan setiap guru mendapatkan maklumat untuk dijadikan soalan kuiz nanti.















Malangnye di dalam muzium tak dibenarkan mengambil apa-apa gambar. So pelajar pun diarahkan untuk bergerak secara berkumpulan dan mencatat maklumat yang dilihat. Sehingga tengahari pelajar di lihat menjelajah ruang dalam muzium...penat juga. Setelah makan tengahhari direstauran tempatan kami meneruskan lawatan ke Sutera Semai.. iaitu tempat menenun songket. pelajar diberi penerangan bagaimana sutera diperolehi.

Melopong semuanya.
Di Sutera semai juga pelajar melihat demontrasi mencanting batik.












Seterusnya pelajar dibawa ke ruang pameran Sutera Semai, untuk melihat produk songket yang dihasilkan.... cantik-cantik belaka. Tapi mahal gila..... tak mampu nak beli.








Kemudian kami melihat bagaimana produk tembaga dihasilkan. tembaga yang telah dicairkan perlu dituang ke dalam acuan yang diperbuat daripada tanah liat.






Dari Sutera Semai kami di bawa ke tempat penginapan tengah-tengah bandar Kuala Terengganu... bersebelahan pula dengan Kamdar...apa lagi, cikgu perempuan gi shoping la pulak.
Pada hari kedua, kami ke bengkel pembinaan perahu kolek. Tak sangka tutup... sebab ada perasmian serta majlis anugerah kepada pandai tukang perahu. Pelajar dijemput terus ke majlis tersebut.


beberapa model perahu kolek dipamerkan. cikgu sempat beli buku mengenai rekabentuk perahu tradisional untuk dijadikan koleksi bacaan pelajar di bilik seni.































Kemudian kami ke Pulau Wan Man untuk melihat replika masjid-masjid antarabangsa di Taman Tamaddun Islam. Pelajar dikenakan bayaran sebanyak RM 10.00 seorang.
Pelajar mendengar penerangan daripada staff yang bertugas.
Ali kelab seni mendengar penerangan dengan penuh kusyuk.... takut tercicir maklumat.






di hadapan masjid Kristal.

















Didalam Masjid Kristal... keadaan kubah yang unik dan siling yang mengkagumkan.














Replika masjid yang terdapat di India yang diperbuat dengan menggunakan tanah liat sebagai bahan utamanya.















Ni kat masjid kristal ....... bergambo sakan.
Dah buat solat sunat ke makcik dua orang ni.















Untuk mengelilingi Taman Tamaddun Islam ini, pelawat boleh berjalan kaki, berbasikal atau menaiki coaster yang disediakan.... tak sempat amik gambar sebab sibuk naik coasternya.









Dah penat di masjid Kristal kami pun ke Pasar Payang untuk makan dan membeli belah. Tak de satu pun gambar pelajar di Pasar Payang... sebab semua hilang mengikut langkah masing-masing. Dari Pasar Payang kami bertolak pulang ke Temerloh. Dalam perjalanan pulang kami singgah sebentar di Arfa Batik.....tak sesuai bawa pelajar ke sini sebab harganya mahal-mahal belaka. Cikgu pun tak de mood nak ambik gambar.... terus balik ke Temerloh. Tiba di Temerloh pada pukul 11.00 malam.