Monday, February 21, 2011

makna RUPA dan HARD EDGE

RUPA


Rupa ialah garisan luar sesuatu benda. Garisan luar tersebut akan bertemu pada satu titik dan berakhir pada titik yang sama.

rupa adalah rata dan bersifat 2 dimensi, ia tidak mempunyai jisim, ton, warna dan jalinan.

Kebanyakan rupa dalam seni visual diaplikasikan sebagai simbol dan logo dalam karya perekaan.


RUPA GEOMETRI


Rupa geometri ialah rupa yang mempunyai sudut dan mempunyai sempadan yang tetap.

rupa geometri biasanya digunakan sebagai simbol dan logo kepsyen dalam seni komunikasi.


contoh rupa geometri:







rupa geometri yang telah diolah akan menghasilkan corak berulang yang menarik. Olahan begini banyak dilihat pada rekabentuk corak Islam.




TEKNIK SAPUAN TEPAT/HARD EDGE

-mempunyai gubahan yang teratur.

-mempunyai batas sapuan warna yang kemas dan tepat.

-catan kelihatan seolah-olah dipotong.

-biasanya pengkarya menggunakan masking tape untuk memisahkan warna-warna yang disapu.


contoh karya hard edge:








Wednesday, February 16, 2011

Kerja Kursus STPM 2011- makna harmoni

DEFINISI HARMONI
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa

keharmonian :
keadaan harmoni; kesesuaian; kesela­rasan: Iman yg sempurna dpt menimbulkan ~ pd diri seseorang dan pd masyarakat. ~ nada lagu itu menenangkan fikirannya.
Kamus Pelajar Edisi Kedua
keharmonian
keadaan harmoni; kesesuaian; keselarasan: Iman yg sempurna dpt menimbulkan ~ pd diri seseorang dan pd masyarakat. ~ nada lagu itu menenangkan fikirannya.


Kamus Pelajar
keharmonian
1. keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), keselarasan, kesesuaian: sebaliknya, sains dan teknologi yg telah berkembang itu telah menyebabkan tiada ~ antara manusia dengan alam sekitar;

2. keadaan harmoni (mesra), kemesraan: ~ per­hubungan antara kedua-dua buah negara; menikmati ~ hidup di desa; ~ rumah tangga;

Kamus Dewan Edisi Empat
penyatupaduan
perbuatan atau proses menyatupadukan: ~ rakyat adalah penting utk mencapai keharmonian.

Kamus Dewan Edisi Empat
satu padu
kukuh atau mantap kerana bergabung. bersatu padu bergabung (berkumpul dsb) hingga menjadi kukuh. menyatupadukan menjadikan satu padu: Pembentukan kebudayaan nasional amat penting utk ~ masyarakat yg berbilang kaum. penyatupaduan perbuatan atau proses menyatupadukan: ~ rakyat adalah penting utk mencapai keharmonian.

Kamus Pelajar Edisi Kedua
harmoni
1. selaras dr segi muzik: pasukan koir itu bernyanyi dlm nada suara yg ~;
2. persesuaian atau persetujuan: kedua-dua suami isteri itu hidup dlm keada­an yg ~;
3. not-not muzik dlm sesuatu kod;
4. persesuaian tindakan, pendapat, perasaan, dll; mengharmonikan

1. menjadikan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), menyelaraskan, menyesuaikan, menyepadankan (nada, suara, dsb): mereka berusaha bersungguh-sungguh utk ~ suara mereka;

2. menjadikan harmoni, memesrakan: mereka sama-sama cuba ~ perhubungan mereka; keharmonian

1. keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), keselarasan, kesesuaian: sebaliknya, sains dan teknologi yg telah berkembang itu telah menyebabkan tiada ~ antara manusia dengan alam sekitar;

2. keadaan harmoni (mesra), kemesraan: ~ per­hubungan antara kedua-dua buah negara; menikmati ~ hidup di desa; ~ rumah tangga; pengharmonian proses (usaha, perbuatan dsb) mengharmonikan: Labuan diharapkan akan menjadi mangkin kpd ~ dan integrasi pasaran modal di rantau ini.

Kamus Dewan Edisi Empat
harmoni
1 persesuaian (pendapat, sikap, perasaan dll).
2 gabungan benda atau warna yg menyenangkan dan memuaskan.
3 gabungan bunyi atau suara yg sedap didengar pd muzik atau nyanyian.
4 dlm keadaan yg bersesuaian; selaras; sesuai: Susunan perabot di rumah itu ~ sekali. Lagu itu disampaikan dlm irama yg ~.
5 baik dan damai dlm pertalian persahabatan atau dlm hubungan suami isteri; rukun: Mereka sekeluarga hidup dlm keadaan yg ~. berharmoni ada harmoninya; bersesuaian; bersependapat: Mereka diseru supaya berdisiplin dan ~ dlm menjalankan tugas-tugas mereka. mengharmonikan menjadikan harmoni. keharmonian keadaan harmoni; kesesuaian; kesela­rasan: Iman yg sempurna dpt menimbulkan ~ pd diri seseorang dan pd masyarakat. ~ nada lagu itu menenangkan fikirannya. pengharmonian usaha atau perbuatan mengharmonikan sesuatu.

Komunikasi
Keharmonian warna dan keseimbangan cahaya dalam filem, video atau foto pegun.
visual composition
gubahan gambar
Komunikasi
Susunan tangkapan dan adegan semasa proses menyunting untuk menghasilkan keharmonian pada keseluruhan filem.

harmoni (adjektif)
1. Dalam konteks suara, nada, bersinonim dengan selaras, sepadan, sesuai, secocok,
2. Bersinonim dengan bahagia: rukun, sejahtera, mesra, tenang, damai, tenteram, aman, sepakat,
Kata Terbitan : mengharmonikan, keharmonian,
Berdasarkan definisi harmoni di atas, banyak perkara kita boleh kaitkan dengan harmoni seperti:
persekitaran hidup kita:
- tumbuh-tumbuhan (flora): pokok-pokok, daun-daun, bunga-bunga, buah-buahan
- binatang dan serangga (fauna)
- objek buatan manusia
- berbagai objek lain.... anda fikir la sendiri.
- kegiatan harian kita: makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan sampingan.

Oleh itu Harmoni ialah:
Prinsip rekaan dalam karya seni tampak seperti unsur-unsur harmoni boleh diwujudkan dalam karya lukisan yang bertemakan alam semula jadi.Harmoni dalam konteks seni visual dapat ditonjolkan apabila wujudnya susunan ataupun ulangan unsur-unsur seni yang sesuai, seimbang dan menarik.
Sebagai contohnya, keseragaman bentuk serta kepelbagaian saiz yang terdapat pada bahagian tubuh serta sayap seekor rama-rama akan menimbulkan kesan yang lebih harmoni, menarik serta seimbang. Penggunaan unsur-unsur harmoni dalam sesuatu hasil karya adalah bertujuan untuk menarik perhatian serta dapat menimbulkan nilai-nilai estetika.

contoh gambar:
Warna-warna pada daun yang seakan menampakkan persamaan dan warna boleh mewujudkan ton.Contohnya daun muda adalah lebih cerah berbanding dengan warna yang terbentuk pada daun-daun yang lebih tua.Melalui contoh lukisan di atas, penggunaan ton semasa mewarna daun akan dapat menimbulkan kesan keselesaan, keseragaman serta kesatuan pada objek yang dihasilkan.
contoh karya yang menampakkan unsur-unsur harmoni ialah: