Sunday, July 25, 2010

NILAI, FUNGSI DAN KAREKTOR GARISAN

DEFINISI:

GARISAN DALAM KONTEKS SENI VISUAL IALAH KESAN YANG DIHASILKAN DENGAN MENGGUNAKAN ALAT, MEDIA, ATAU BAHAN YANG DIMULAKAN DARI SATU TITIK PERMULAAN MERENTASI SESUATU KAWASAN DI ATAS SESUATU PERMUKAAN.


GARISAN DAPAT DIHASILKAN DENGAN MENGGUNAKAN PELBAGAI MEDIA DAN BAHAN. PELBAGAI BAHAN AKAN MEWUJUDKAN PELBAGAI JENIS GARISAN.


GARISAN TERDIRI DARIPADA PELBAGAI SIFAT, JENIS GARISAN DAN PELBAGAI KUNTITI GARISAN


PERBEZAAN ILUSI VISUAL YANG TERHASIL DARIPADA SIFAT JENIS DAN KUANTITI GARISAN DAPAT MEMBERI BERBAGAI-BAGAI KESAN ILUSI SEPERTI PERGERAKAN, EKSPRESI DAN EMOSI.


SIFAT GARISAN:

SIFAT GARISAN IALAH KEADAAN GAMBARAN BERDASARKAN JENIS SESUATU GARISAN YANG DICIPTA. PERBEZAAN SIFAT GARISAN DALAM KARYA AKAN MENGHASILKAN KESAN VISUAL YANG BERBEZA DALAM PENGHASILAN KARYA.

- GARISAN BERALUN AKAN MENGGAMBARKAN SUATU YG LEMBUT.

- GARISAN BERSERABUT

- GARISAN BERDURI

- GARISAN KASAR.

- GARISAN YG TEGAK AKAN MENGGAMBARKAN KUKUH(DI SINILAH TERHASILNYA NILAI GARISAN. GARISAN DIHASILKAN MELALUI JALINAN PADA PERMUKAAN OBJEK. GARISAN JUGA MEWUJUDKAN ILUSI OBJEK DENGAN MENAMPAKKAN KESAN CAHAYA PADA OBJEK TERSEBUT.)


JENIS GARISAN:

- GARISAN MELINTANG, MENEGAK, NIPIS, BERPUTAR, MELENGKUNG, BERPANCAR, GARISAN ZIG-ZAG DAN BERBAGAI.

(JENIS GARISAN AKAN TERHASIL MENGIKUT FUNGSI SESUATU OBJEK YANG INGIN DIGAMBARKAN) -CONTOH: NAK GAMBARKAN RIBUT, GARISAN YANG TERHASIL MESTILAH MENGGUNAKAN JENIS GARISAN BERPUTAR. (LUKIS GARISANNYA UNTUK MENJELASKAN FUNGSI GARISAN TERSEBUT.


KUALITI GARISAN/KAREKTOR GARISAN:

1. MUTU GARISAN MERUJUK KEPADA GARISAN YANG DITENTUKAN OLEH PENGKARYA DALAM MENGHASILKAN SESUATU IMEJ.

2. KUALITI GARISAN YANG DIHASILKAN DAPAT MENUNJUKKAN PELBAGAI KAREKTOR CONTOHNYA; EKSPRESIF PADA IMEJ YANG DIHASILKAN: ILUSI PERGERAKAN PADA ILUSTRASI KAREKTOR KOMIK.

3. KUALITI GARISAN DAPAT MENIMBULKAN ILUSI VISUAL RUANG PADA SUATU IMEJ.CONTOH: RUANG PALING HADAPAN DIGAMBARKAN DENGAN MENGGUNAKAN KUALITI GARISAN YANG LEBIH TEBAL. RUANG YANG PALING BELAKANG AKAN DIGAMBARKAN DENGAN MENGGUNAKAN KUALITI GARISAN YANG LEMBUT DAN HALUS. INI BERTUJUAN UNTUK MENIMBULKAN RUANG VISUAL PADA BENDA TERSEBUT.

(LUKIS SUASANA LANSKAP YANG MENAMPAKKAN RUANG YANG JELAS: RUANG BELAKANG, RUANG TENGAH DAN RUANG HADAPAN).

karya Haron Mokhtar yang jelas menunjukkan kesan garisan yang ekspesif, fungsi garisan dan karektor garisan
nak maklumat lebih lanjut... cari dalam internet : Eseni Visual.
selamat buat asigment.....

Tuesday, July 6, 2010

Pelajar PSV ke IPTA

Cikgu paparkan artikel ini bertujuan untuk memberi semangat dan dorongan kepada pelajar cikgu yang masih berada di Tingkatan 6... yang masih belum ada matlamat diri, cita-cita, arah tujuan selepas STPM nanti.

Cikgu begitu bangga dengan kejayaan anak-anak murid cikgu. Cikgu ucapkan tahniah dan semoga kejayaan yang dimiliki akan menjadi pendorong kepada kehidupan yang lebih sempurna.
Cikgu harap para pelajar cikgu dapat mencontohi Mohd Azwadi b Mustafa, kelas 5Perdagangan tahun 1999 (kalau tak silap cikgu). Azwadi merupakan pelajar yg sederhana tetapi tinggi budi pekerti. Semua guru di ABS suka pada Azwadi kerana sikapnya yang rajin menolong guru.
Walaupun tidakbegitu pandai melukis namun Azwadi telah berjaya ke UITM dalam jurusan Fashion. Pandai jahit baju...
( Azwadi berada di tengah-tengah sekali) Tamat Ijazah Sarjana Muda, Wadi terus berjaya menamat Master dan sekarang ini (2010) sedang menghabiskan kajian untuk PHDnyer pula.
-TAHNIAH AZWADI-
Tahun 2003, sewaktu cikgu ke UITM Shah Alam menziarahi Wadi dan Zahratul Shida.

Azwadi ... semasa projek MASTER.

Pernah menjawat jawatan Pensyarah Fashion di LIM KOK WING.

Di bawah ini pula ialah Abdul Hadi yang kini sedang belajar di UNIMAS dalam jurusan Sumber Manusia. Hadi juga tidak begitu pandai melukis, tetapi berkat kesabaran dan kesungguhan.... akhirnya berjaya juga ke menara gading, walaupun bukan dalam bidang seni visual.

Norhazwani bt Marzuki STPM 2009 ... kini di UNIMAS : Seni Gunaan

Yusafiza binti Mohamed Yunan, STPM 2009- kini di UNIMAS: Teknologi Rekabentuk.

Hazwanie Shahirah bt Abdul Aziz STPM 2009 kini di UITM, Shah Alam:
Food Sevices Managment

Nor Baiti bt Mustafa STPM 2009 kini di UNIMAS:Seni Gunaan

Azmah binti Awang STPM 2009 kini di UNIMAS: Seni Gunaan

Siti Roslah binti Ibrahim STPM 2009 kini di UITM: Senilukis dan Senireka.

Karya Mohd Hafiz-STPM 2006 (B+) UITM: Seni Halus

karya Mohd Firdaus STPM 2006 (A); USM: Pereka Landskap.

Karya Rosnani STPM 2005 (A); bertugas di Kraftangan Johor.

Karya Mariam STPM 2005 (A)

Pelajar Seni Visual STPM 2006.
daripd kiri: Mohd Hafiz (UITM), Khairul Anuar Eng Abdullah(UPSI) dan Syed Ramzi (UM)

Norfadzila STPM 2008; UUM Pengurusan Teknologi.

Shahrul Rizan STPM 2008;UPM- English

Khairu Nisa STPM 2008; USM - Seni Halus.

Nurul Najwa STPM 2008 (A-)