Cikgu begitu bangga dengan kejayaan anak-anak murid cikgu. Cikgu ucapkan tahniah dan semoga kejayaan yang dimiliki akan menjadi pendorong kepada kehidupan yang lebih sempurna.
Cikgu harap para pelajar cikgu dapat mencontohi Mohd Azwadi b Mustafa, kelas 5Perdagangan tahun 1999 (kalau tak silap cikgu). Azwadi merupakan pelajar yg sederhana tetapi tinggi budi pekerti. Semua guru di ABS suka pada Azwadi kerana sikapnya yang rajin menolong guru.
Walaupun tidakbegitu pandai melukis namun Azwadi telah berjaya ke UITM dalam jurusan Fashion. Pandai jahit baju...
( Azwadi berada di tengah-tengah sekali) Tamat Ijazah Sarjana Muda, Wadi terus berjaya menamat Master dan sekarang ini (2010) sedang menghabiskan kajian untuk PHDnyer pula.
-TAHNIAH AZWADI-
Tahun 2003, sewaktu cikgu ke UITM Shah Alam menziarahi Wadi dan Zahratul Shida.
Tahun 2003, sewaktu cikgu ke UITM Shah Alam menziarahi Wadi dan Zahratul Shida.
Azwadi ... semasa projek MASTER.
Pernah menjawat jawatan Pensyarah Fashion di LIM KOK WING.
Di bawah ini pula ialah Abdul Hadi yang kini sedang belajar di UNIMAS dalam jurusan Sumber Manusia. Hadi juga tidak begitu pandai melukis, tetapi berkat kesabaran dan kesungguhan.... akhirnya berjaya juga ke menara gading, walaupun bukan dalam bidang seni visual.

Norhazwani bt Marzuki STPM 2009 ... kini di UNIMAS : Seni Gunaan
Yusafiza binti Mohamed Yunan, STPM 2009- kini di UNIMAS: Teknologi Rekabentuk.
Food Sevices Managment
Nor Baiti bt Mustafa STPM 2009 kini di UNIMAS:Seni Gunaan
1 comment:
rindu zaman sekolah...tq ckg dgn tunjuk ajar selama ini....
Post a Comment