Tuesday, November 15, 2011

GRADUASI PRA U 2-ABS 2011

Tanggal 4.11.2011, jam 8.00 pagi telah berlangsung majlis Graduasi yang begitu meriah di SMK Abu Bakar (ABS). Majlis ini telah dijadikan acara tahunan oleh pihak pengurusan tingkatan enam ABS bertujuan untuk meraikan para pelajar juga bertujuan memberi peransang kepada para pelajar... agar mereka akan menghadapai majlis yang sedemikian rupa dimasa akan datang tetapi di lokasi yang berlainan (di Universiti) dan dalam keadaan yang lebih 'grand'.... INSYAALLAH...AMIIIINNNNNNN....







SEMUA CIKGU SENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN KALIAN SEMUA...








Kenangan bersama cikgu Rozina, cikgu Roslah dan cikgu Zaharah... cikgu Roslah dan cikgu Zaharah akan bertukar.... cikgu Roslah ke SMK Mengkarak...dekat jer... manakala cikgu Zaharah ke SMK Tanjung Gemok, Rompin...jaaaaauuuuuuhhhhhhnyeeeerr... walaubagaimana pun ABS tetap dihati.







SIAPA NAK GANTI CIKGU ZAHARAHHHHH.... itu persoalan yang ramai pelajar tanya kat cikgu.... InsyaAllah akan ada pengganti yang mungkin lebih hebat daripada cikgu kot.. lagipun cikgu Zaharah tak sehebat mana pun... tak buat MASTER pun.. tapi ada sedikit sahaja pengalaman yang boleh dikongsi bersama...bagi sesiapa yang sudi berkongsi la...




Bagi pelajar 6 PU 1 khususnya 6PU1 Ibnu Khaldun.....teruskan usaha anda, JANGAN 'DROP' MATAPELAJARAN SENI VISUAL... walaupun bukan cikgu Zaharah yang ajar... kita masih boleh berkongsi pengalaman...terutama melalui blog ini.... cikgu masih mengekalkan nama blog ini dengan blog KELABSENIABS.BLOGSPOT.COM.... dan akan kekal dengan nama ini..






Pentas Utama yang dihias indah oleh para pelajar PU1...tahniah...dulu tak de 'skirting' gini... asyik kene pakai yang lama... jimmmmmaaaatttt...


kenangan bersama pelajar 6PU2 Ibnu Abas; Liyana, Khairul Bariah, Nurul Amira dan Saflan...
tingkatkan usaha....pasti kejayaan akan anda perolehi... cikgu harap kamu semua dapat jadi pengganti cikgu bila cikgu sudah tiada nanti....


sempat juga cikgu bergambar bersama Maria, Hamizon dan Musrani.... pelajar Asli dari Kuala Krau.... 6PU2 Ibnu Khaldun....anda semua berpotensi untuk cemerlang.... ingatttt kecemerlangan anda dinantikan dan akan menjanjikan sokongan yang padu oleh pihak kerajaan. Anda semua akan mendapat sepenuhnya biyaan daripada pihak kerajaan .





Innnnniiiiiii tttangannnnn saperrrr laaa pullloooookkkkkk..... alamak penat la Shahanom, Ain dan Yatie...posing gilerrrr....nampak semua gigi.... penat cikgu senyum...tapi tak nampok pale...



tapiiiii ok gak gambar ni kan....susah nak cari gambar candid cam gini...kan...
















ini baru comey senyummmmm....




Tapi Rosyafazul kat belakang tu ngaperrr nyerrrr....masam mencuka..kata nak join tapi nampak macam marah....marah kat saper?..ni mesti marah kat Yatie sebab Yatie buat senyum menggoda tak....



Apa-apa pun senyuman ngkorang sentiasa dalam ingatan cikgu selamanya...





Sempat juga bergambar dengan GPK T6; Pn. Norhafizah Chung bt Abdullah yang semamangnya menjadi tunggak kejayaan Tingkatan 6 SMK Abu Bakar... semoga anda kekal di ABS demi kejayaan anak didik kita...







Sempat juga cikgu bergambar dengan hero kelas PU2 Ibnu Khaldun; Firdaus..... tahniah buat awok, walaupun mulut cikgu hampir keluar api masa bercakap ngan awok,,, tapi awok tetap siapkan juga kerja kursus tu...syabas...inilah ciri-ciri orang yang cekal...semoga berjaya untuk awok Firdaus... yang lain pun sama lah ...jangan jelous yek...




buat Akmal Hakim...semoga anda menjadi mahasiswa dan athlith yang berjaya...




begitu juga dengan anda semua.....SEMOGA BERJAYA...




Norbasirah...satu-satunyer pelajar kelas Sina yang ambik Seni... pelajar yang bersungguh dalam melaksanakan segala tugasan yang diberi... kekalkan semangat itu sampai ke mana jua... semangat itu akan membawa kejayaan kepada anda kelak...semoga berjaya.




Adibah...anda seorang pelajar yang sangat gigih dan tekun... cikgu sentiasa doakan kejayaan awok...awok garenti akan ke Universiti nanti... semoga Adibah akan menjadi pelajar terbaik sekolah dan pelajar terbaik Pahang hendaknya... Aminnnn...






SEMOGA KEJAYAAN MILIK ANDA.....




ini ketua kelas kita Syamsureza...nampak macho dengan kemeja hitamnyer...keterampilan anda menyerlah sebagai ketua kelas...anda ada bakat memimpin...




Sempat juga bergambar dengan cikgu Azni...kebetulan kita pakai baju same kaler... cikgu Azni ni memang tetap anggun sampai bila-bila...dan sentiasa anggun...




kenangan bersama Hajjah Siti Habsah...sewaktu di majlis minum petang bersama pelajar PU2 di Sri Malaysia...semoga silatulrahim kekal berpanjangan...




comey nyer Khaira ...pakai baju dot-dot... semoga anda berjaya ke IPTA..





cikgu Mohd Azmin......sssyyyyyhhhh...senyap Min, pengetua tengah bercakap tu... kang kene marah...




meriahhnyer kaler air minum kat sri malaysia...semeriah majlisnya...



cikgu Roslah...selamat bertugas di SMK Mengkarak...dekat jer... Arah jugak yang jauhhhh...



cikgu Norhaslizah...semoga kekal jadi Bonda berwibawa di ABS....










Tahniah kepada semua pelajar PRA U2 2011 anda berjaya menganjurkan majlis minum petang yang meriah dengan makanan yang sedap dan menyelerakan...semoga anda semua berjaya ke gerbang MENARA GADING PADA 2012...INSYAALLAH






SEMOGA SMK ABU BAKAR /ABS MENCAPAI KEJAYAAN YANG CEMERLANG DARI TAHUN KE TAHUN DAN SENTIASA GAH.... SE GAH NAMA MU...




Monday, April 25, 2011

PERKEMBANGAN IDEA



Bahagian B


1. Lukisan Realistik Sumber Idea.


Sumber idea perlu dilukis dengan menggunakan pelbagai teknik berdasarkan koleksi foto yang pelajar ada.

akar pokok bakau yang dilukis dengan menggunakan media pensil warna. Pelajar dIgalakkan mempelbagaikan teknik... seperti menggunakan warna air, pastel atau pensil dengan memperlihatkan kualiti garisan yang baik.



Pelajar digalakkan meniru foto sebaik mungkin.

Seterusnya, pelajar perlu membuat beberapa kajian...segala catatan perlu ditulis dengan menggunakan tulisan tangan yang kemas dan cantik.



(contoh lakaran di bawah ini tidak sesuai untuk tajuk Harmoni; teknik Hard Edge) pelajar perlu menukar rupa organik di bawah kepada rupa geometri agar sesuai mengikut kehendak soalan.



gabung beberapa motif yang difikirkan menarik untuk dijadikan idea akhir pelajar.




pilih satu idea dan buat beberapa kajian warna yang harmoni. Rujuk nota harmoni anda. Warna harmoni mungkin terdiri daripada harmoni panas atau harmoni sejuk, warna tanah atau warna sewarna. pelajar digalakkan membuat beberapa kajian warna agar gabungan warna nampak menarik.



SEKADAR CONTOH.

Friday, March 25, 2011

soalan 2 - KASIH IBU

Definisi kasih:

1. perasaan sayang (terhadap seseorang atau sesuatu) ; ~ seseorang pd agama, negara, dan bangsa

2. berasa sayang (akan), berasa cinta (akan): kasih ibu tidak putus-putus tetapi kasih anak ...; ~ anak tangan-tangankan, ~ isteri tinggal-tinggalkan prb anak yg dimanjakan akan rosak dan isteri yg diuliti selalu akan mendatangkan keduka­citaan; berkasih berasa kasih: adat ~ menanggung rindu; berkasih-kasihan
3. saling berasa kasih, cinta-mencintai: setelah sudah kahwin, maka kedua-duanya pun terlalu amat ~;
4. sl berbaik-baik, bersahabat, tidak bermusuhan: , mencintai: ia sangat dikasihi oleh ibunya; mempunyai sifat mengasihi: tangan ibunya yg ~ itu selalu mengusapusap rambutnya; kekasih orang yg dikasihi (dicintai), buah hati: ia selalu menulis surat kpd ~nya;

5. selalu menaruh (menunjukkan) belas kasihan, bersifat belas kasihan, penyayang: ibu yg ~ dan penyayang; perkasihan perihal berkasih: hal ini menguatkan tali ~ antara kita.

kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara, Berantonim dengan benci2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati, Berantonim dengan benci
Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Definisi Ibu:

ibu (kata nama)
1. Bersinonim dengan emak: bonda, ibu suri, ibunda, umi, mak, encik, mama, mami, induk, indung, ina, ibung, uai, embok, bok, indu, mandeh ibu tiri, emak tiri, ibu angkat, emak angkat, Berantonim dengan bapa2. Dalam konteks kiasanbersinonim dengan induk, inti, pokok,
Kata Terbitan : keibuan,

1 orang yg melahirkan kita; emak: ~ mana yg tak sayang akan anaknya.

2 panggilan yg lebih hormat utk wanita (terutamanya yg sudah bersuami atau yg telah berumur).

3 bahagian yg terbesar atau terpenting pd sesuatu; pusat: ~ pejabat; rumah ~. ~ ayam perempuan yg memperdagangkan pelacur. ~ bapa orang tua (yakni emak dan ayah). ~ jari, = ~ tangan jari tangan yg terbesar dan pendek. ~ kaki jari kaki yg terbesar. ~ kandung emak benar. ~ kota (negara, negeri) kota yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negara. ~ mentua ibu kpd isteri atau suami. ~ Mithali a. gelaran utk ibu yg dpt mendidik anak-anaknya sehingga berjaya (dr segi akademik, moral, agama dsb). b. wanita yg menerima gelaran Ibu Mithali. ~ susu ibu yg menyusui kanak-kanak yg bukan anaknya. ~ tiri isteri bapa yg bukan ibu sendiri. ~ tunggal wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian.
keibuan sifat-sifat sejati seorang ibu (lemah lembut, pengasih dsb).

Karya pelajar dihasilkan dalam bentuk timbulan atau 3D (arca).

contoh karya:












Monday, February 21, 2011

makna RUPA dan HARD EDGE

RUPA


Rupa ialah garisan luar sesuatu benda. Garisan luar tersebut akan bertemu pada satu titik dan berakhir pada titik yang sama.

rupa adalah rata dan bersifat 2 dimensi, ia tidak mempunyai jisim, ton, warna dan jalinan.

Kebanyakan rupa dalam seni visual diaplikasikan sebagai simbol dan logo dalam karya perekaan.


RUPA GEOMETRI


Rupa geometri ialah rupa yang mempunyai sudut dan mempunyai sempadan yang tetap.

rupa geometri biasanya digunakan sebagai simbol dan logo kepsyen dalam seni komunikasi.


contoh rupa geometri:







rupa geometri yang telah diolah akan menghasilkan corak berulang yang menarik. Olahan begini banyak dilihat pada rekabentuk corak Islam.




TEKNIK SAPUAN TEPAT/HARD EDGE

-mempunyai gubahan yang teratur.

-mempunyai batas sapuan warna yang kemas dan tepat.

-catan kelihatan seolah-olah dipotong.

-biasanya pengkarya menggunakan masking tape untuk memisahkan warna-warna yang disapu.


contoh karya hard edge:








Wednesday, February 16, 2011

Kerja Kursus STPM 2011- makna harmoni

DEFINISI HARMONI
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa

keharmonian :
keadaan harmoni; kesesuaian; kesela­rasan: Iman yg sempurna dpt menimbulkan ~ pd diri seseorang dan pd masyarakat. ~ nada lagu itu menenangkan fikirannya.
Kamus Pelajar Edisi Kedua
keharmonian
keadaan harmoni; kesesuaian; keselarasan: Iman yg sempurna dpt menimbulkan ~ pd diri seseorang dan pd masyarakat. ~ nada lagu itu menenangkan fikirannya.


Kamus Pelajar
keharmonian
1. keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), keselarasan, kesesuaian: sebaliknya, sains dan teknologi yg telah berkembang itu telah menyebabkan tiada ~ antara manusia dengan alam sekitar;

2. keadaan harmoni (mesra), kemesraan: ~ per­hubungan antara kedua-dua buah negara; menikmati ~ hidup di desa; ~ rumah tangga;

Kamus Dewan Edisi Empat
penyatupaduan
perbuatan atau proses menyatupadukan: ~ rakyat adalah penting utk mencapai keharmonian.

Kamus Dewan Edisi Empat
satu padu
kukuh atau mantap kerana bergabung. bersatu padu bergabung (berkumpul dsb) hingga menjadi kukuh. menyatupadukan menjadikan satu padu: Pembentukan kebudayaan nasional amat penting utk ~ masyarakat yg berbilang kaum. penyatupaduan perbuatan atau proses menyatupadukan: ~ rakyat adalah penting utk mencapai keharmonian.

Kamus Pelajar Edisi Kedua
harmoni
1. selaras dr segi muzik: pasukan koir itu bernyanyi dlm nada suara yg ~;
2. persesuaian atau persetujuan: kedua-dua suami isteri itu hidup dlm keada­an yg ~;
3. not-not muzik dlm sesuatu kod;
4. persesuaian tindakan, pendapat, perasaan, dll; mengharmonikan

1. menjadikan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), menyelaraskan, menyesuaikan, menyepadankan (nada, suara, dsb): mereka berusaha bersungguh-sungguh utk ~ suara mereka;

2. menjadikan harmoni, memesrakan: mereka sama-sama cuba ~ perhubungan mereka; keharmonian

1. keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), keselarasan, kesesuaian: sebaliknya, sains dan teknologi yg telah berkembang itu telah menyebabkan tiada ~ antara manusia dengan alam sekitar;

2. keadaan harmoni (mesra), kemesraan: ~ per­hubungan antara kedua-dua buah negara; menikmati ~ hidup di desa; ~ rumah tangga; pengharmonian proses (usaha, perbuatan dsb) mengharmonikan: Labuan diharapkan akan menjadi mangkin kpd ~ dan integrasi pasaran modal di rantau ini.

Kamus Dewan Edisi Empat
harmoni
1 persesuaian (pendapat, sikap, perasaan dll).
2 gabungan benda atau warna yg menyenangkan dan memuaskan.
3 gabungan bunyi atau suara yg sedap didengar pd muzik atau nyanyian.
4 dlm keadaan yg bersesuaian; selaras; sesuai: Susunan perabot di rumah itu ~ sekali. Lagu itu disampaikan dlm irama yg ~.
5 baik dan damai dlm pertalian persahabatan atau dlm hubungan suami isteri; rukun: Mereka sekeluarga hidup dlm keadaan yg ~. berharmoni ada harmoninya; bersesuaian; bersependapat: Mereka diseru supaya berdisiplin dan ~ dlm menjalankan tugas-tugas mereka. mengharmonikan menjadikan harmoni. keharmonian keadaan harmoni; kesesuaian; kesela­rasan: Iman yg sempurna dpt menimbulkan ~ pd diri seseorang dan pd masyarakat. ~ nada lagu itu menenangkan fikirannya. pengharmonian usaha atau perbuatan mengharmonikan sesuatu.

Komunikasi
Keharmonian warna dan keseimbangan cahaya dalam filem, video atau foto pegun.
visual composition
gubahan gambar
Komunikasi
Susunan tangkapan dan adegan semasa proses menyunting untuk menghasilkan keharmonian pada keseluruhan filem.

harmoni (adjektif)
1. Dalam konteks suara, nada, bersinonim dengan selaras, sepadan, sesuai, secocok,
2. Bersinonim dengan bahagia: rukun, sejahtera, mesra, tenang, damai, tenteram, aman, sepakat,
Kata Terbitan : mengharmonikan, keharmonian,
Berdasarkan definisi harmoni di atas, banyak perkara kita boleh kaitkan dengan harmoni seperti:
persekitaran hidup kita:
- tumbuh-tumbuhan (flora): pokok-pokok, daun-daun, bunga-bunga, buah-buahan
- binatang dan serangga (fauna)
- objek buatan manusia
- berbagai objek lain.... anda fikir la sendiri.
- kegiatan harian kita: makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan sampingan.

Oleh itu Harmoni ialah:
Prinsip rekaan dalam karya seni tampak seperti unsur-unsur harmoni boleh diwujudkan dalam karya lukisan yang bertemakan alam semula jadi.Harmoni dalam konteks seni visual dapat ditonjolkan apabila wujudnya susunan ataupun ulangan unsur-unsur seni yang sesuai, seimbang dan menarik.
Sebagai contohnya, keseragaman bentuk serta kepelbagaian saiz yang terdapat pada bahagian tubuh serta sayap seekor rama-rama akan menimbulkan kesan yang lebih harmoni, menarik serta seimbang. Penggunaan unsur-unsur harmoni dalam sesuatu hasil karya adalah bertujuan untuk menarik perhatian serta dapat menimbulkan nilai-nilai estetika.

contoh gambar:
Warna-warna pada daun yang seakan menampakkan persamaan dan warna boleh mewujudkan ton.Contohnya daun muda adalah lebih cerah berbanding dengan warna yang terbentuk pada daun-daun yang lebih tua.Melalui contoh lukisan di atas, penggunaan ton semasa mewarna daun akan dapat menimbulkan kesan keselesaan, keseragaman serta kesatuan pada objek yang dihasilkan.
contoh karya yang menampakkan unsur-unsur harmoni ialah:

Sunday, July 25, 2010

NILAI, FUNGSI DAN KAREKTOR GARISAN

DEFINISI:

GARISAN DALAM KONTEKS SENI VISUAL IALAH KESAN YANG DIHASILKAN DENGAN MENGGUNAKAN ALAT, MEDIA, ATAU BAHAN YANG DIMULAKAN DARI SATU TITIK PERMULAAN MERENTASI SESUATU KAWASAN DI ATAS SESUATU PERMUKAAN.


GARISAN DAPAT DIHASILKAN DENGAN MENGGUNAKAN PELBAGAI MEDIA DAN BAHAN. PELBAGAI BAHAN AKAN MEWUJUDKAN PELBAGAI JENIS GARISAN.


GARISAN TERDIRI DARIPADA PELBAGAI SIFAT, JENIS GARISAN DAN PELBAGAI KUNTITI GARISAN


PERBEZAAN ILUSI VISUAL YANG TERHASIL DARIPADA SIFAT JENIS DAN KUANTITI GARISAN DAPAT MEMBERI BERBAGAI-BAGAI KESAN ILUSI SEPERTI PERGERAKAN, EKSPRESI DAN EMOSI.


SIFAT GARISAN:

SIFAT GARISAN IALAH KEADAAN GAMBARAN BERDASARKAN JENIS SESUATU GARISAN YANG DICIPTA. PERBEZAAN SIFAT GARISAN DALAM KARYA AKAN MENGHASILKAN KESAN VISUAL YANG BERBEZA DALAM PENGHASILAN KARYA.

- GARISAN BERALUN AKAN MENGGAMBARKAN SUATU YG LEMBUT.

- GARISAN BERSERABUT

- GARISAN BERDURI

- GARISAN KASAR.

- GARISAN YG TEGAK AKAN MENGGAMBARKAN KUKUH(DI SINILAH TERHASILNYA NILAI GARISAN. GARISAN DIHASILKAN MELALUI JALINAN PADA PERMUKAAN OBJEK. GARISAN JUGA MEWUJUDKAN ILUSI OBJEK DENGAN MENAMPAKKAN KESAN CAHAYA PADA OBJEK TERSEBUT.)


JENIS GARISAN:

- GARISAN MELINTANG, MENEGAK, NIPIS, BERPUTAR, MELENGKUNG, BERPANCAR, GARISAN ZIG-ZAG DAN BERBAGAI.

(JENIS GARISAN AKAN TERHASIL MENGIKUT FUNGSI SESUATU OBJEK YANG INGIN DIGAMBARKAN) -CONTOH: NAK GAMBARKAN RIBUT, GARISAN YANG TERHASIL MESTILAH MENGGUNAKAN JENIS GARISAN BERPUTAR. (LUKIS GARISANNYA UNTUK MENJELASKAN FUNGSI GARISAN TERSEBUT.


KUALITI GARISAN/KAREKTOR GARISAN:

1. MUTU GARISAN MERUJUK KEPADA GARISAN YANG DITENTUKAN OLEH PENGKARYA DALAM MENGHASILKAN SESUATU IMEJ.

2. KUALITI GARISAN YANG DIHASILKAN DAPAT MENUNJUKKAN PELBAGAI KAREKTOR CONTOHNYA; EKSPRESIF PADA IMEJ YANG DIHASILKAN: ILUSI PERGERAKAN PADA ILUSTRASI KAREKTOR KOMIK.

3. KUALITI GARISAN DAPAT MENIMBULKAN ILUSI VISUAL RUANG PADA SUATU IMEJ.CONTOH: RUANG PALING HADAPAN DIGAMBARKAN DENGAN MENGGUNAKAN KUALITI GARISAN YANG LEBIH TEBAL. RUANG YANG PALING BELAKANG AKAN DIGAMBARKAN DENGAN MENGGUNAKAN KUALITI GARISAN YANG LEMBUT DAN HALUS. INI BERTUJUAN UNTUK MENIMBULKAN RUANG VISUAL PADA BENDA TERSEBUT.

(LUKIS SUASANA LANSKAP YANG MENAMPAKKAN RUANG YANG JELAS: RUANG BELAKANG, RUANG TENGAH DAN RUANG HADAPAN).

karya Haron Mokhtar yang jelas menunjukkan kesan garisan yang ekspesif, fungsi garisan dan karektor garisan
nak maklumat lebih lanjut... cari dalam internet : Eseni Visual.
selamat buat asigment.....

Tuesday, July 6, 2010

Pelajar PSV ke IPTA

Cikgu paparkan artikel ini bertujuan untuk memberi semangat dan dorongan kepada pelajar cikgu yang masih berada di Tingkatan 6... yang masih belum ada matlamat diri, cita-cita, arah tujuan selepas STPM nanti.

Cikgu begitu bangga dengan kejayaan anak-anak murid cikgu. Cikgu ucapkan tahniah dan semoga kejayaan yang dimiliki akan menjadi pendorong kepada kehidupan yang lebih sempurna.
Cikgu harap para pelajar cikgu dapat mencontohi Mohd Azwadi b Mustafa, kelas 5Perdagangan tahun 1999 (kalau tak silap cikgu). Azwadi merupakan pelajar yg sederhana tetapi tinggi budi pekerti. Semua guru di ABS suka pada Azwadi kerana sikapnya yang rajin menolong guru.
Walaupun tidakbegitu pandai melukis namun Azwadi telah berjaya ke UITM dalam jurusan Fashion. Pandai jahit baju...
( Azwadi berada di tengah-tengah sekali) Tamat Ijazah Sarjana Muda, Wadi terus berjaya menamat Master dan sekarang ini (2010) sedang menghabiskan kajian untuk PHDnyer pula.
-TAHNIAH AZWADI-
Tahun 2003, sewaktu cikgu ke UITM Shah Alam menziarahi Wadi dan Zahratul Shida.

Azwadi ... semasa projek MASTER.

Pernah menjawat jawatan Pensyarah Fashion di LIM KOK WING.

Di bawah ini pula ialah Abdul Hadi yang kini sedang belajar di UNIMAS dalam jurusan Sumber Manusia. Hadi juga tidak begitu pandai melukis, tetapi berkat kesabaran dan kesungguhan.... akhirnya berjaya juga ke menara gading, walaupun bukan dalam bidang seni visual.

Norhazwani bt Marzuki STPM 2009 ... kini di UNIMAS : Seni Gunaan

Yusafiza binti Mohamed Yunan, STPM 2009- kini di UNIMAS: Teknologi Rekabentuk.

Hazwanie Shahirah bt Abdul Aziz STPM 2009 kini di UITM, Shah Alam:
Food Sevices Managment

Nor Baiti bt Mustafa STPM 2009 kini di UNIMAS:Seni Gunaan

Azmah binti Awang STPM 2009 kini di UNIMAS: Seni Gunaan

Siti Roslah binti Ibrahim STPM 2009 kini di UITM: Senilukis dan Senireka.

Karya Mohd Hafiz-STPM 2006 (B+) UITM: Seni Halus

karya Mohd Firdaus STPM 2006 (A); USM: Pereka Landskap.

Karya Rosnani STPM 2005 (A); bertugas di Kraftangan Johor.

Karya Mariam STPM 2005 (A)

Pelajar Seni Visual STPM 2006.
daripd kiri: Mohd Hafiz (UITM), Khairul Anuar Eng Abdullah(UPSI) dan Syed Ramzi (UM)

Norfadzila STPM 2008; UUM Pengurusan Teknologi.

Shahrul Rizan STPM 2008;UPM- English

Khairu Nisa STPM 2008; USM - Seni Halus.

Nurul Najwa STPM 2008 (A-)