Wednesday, April 14, 2010

Kelab Seni ke Kuala Kangsar dan Ipoh pada Mei 2009


Seramai 42 orang ahli Kelab Seni SMK Abu Bakar telah berangkat ke Perak pada Mei 2009 selama 3 hari 2 malam. Banyak pengalaman yang diperolehi. Beberapa pelajar tingkatan 3 secara tidak langsung telah memilih bangunan condong Teluk Intan sebagai dokumentasi folio sejarah mereka.

Menara ini menjadi titik tumpu kepada bandar Teluk Intan. Uniknya condong seperti Menara Pisa di Itali. Dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong, setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga.
Ia merupakan takungan air sebelum adanya Tangki Air Changkat Jong. Bangunan ini 3 tingkat dilengkapi dengan jam besar dan mengikut seni bina menara-menara di China. Kini, menara ini tidak digunakan lagi. Di bahagian bawahnya telah dihiasi dengan lanskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga.
Pernah digunakan oleh Lembaga Perancang Keluarga Negara dan Persatuan Pengakap Teluk Intan.

Destinasi kedua adalah Komplek Muzium Sejarah Pasir Salak
Kompleks Sejarah Pasir Salak terletak kira-kira 80 kilometer dari Bandaraya Ipoh. Ianya telah dibuka dengan rasminya oleh D.Y.T.M. Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990 dan dirasmikan sepenuhnya oleh DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbudin Shah pada 5 Julai 2004. Kompleks ini merupakan satu memorial penting kepada sejarah terbilang Pasir Salak dan rakyat negeri Perak.
Konsep asal penubuhannya merupakan satu bentuk rakaman sejarah yang memperingati betapa pentingnya peristiwa berdarah Pasir Salak yang dianggap sebagai asas permulaan sistem demokrasi berparlimen bagi Malaysia. Kompleks Sejarah Pasir Salak juga merupakan sebuah pusat yang menyediakan sumber-sumber rujukan mengenai sejarah dan kebudayaan negeri Perak Darul Ridzuan.
Episod sejarah penentangan dan perjuangan anak watan negeri Perak khususnya dan hubungkaitnya dengan perkembangan sejarah Malaysia amnya dipamerkan dalam bentuk diorama di Terowong Sejarah. Malangnya, kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar di dalam Terowong Sejarah.

Bergambar kat pintu jer..... jadilah.

Hari kedua kami, destinasi kami ialah ke Kuala Kangsar...tempat buat labu sayong. Kami pergi ke Kampong Sayong untuk melihat sendiri bagaimana proses labu sayong di jalankan. Ramai yang berbakat untuk jadi pengusaha tembikar......



Keluarga cikgu pun ikut sekali.






tembikar kat sini cantik-cantik belaka......rasa semua nak beli.





yang ni cantik cikgu....kitaorang nak beli untuk hadiah pada hari guru nanti. Nak bagi kat cikgu Faezah...... cikgu yang comee tu......














Yang ni .....yang mana satu motif siput sedut..aduyaiii.......


tembikar rosak pun cantik jugak... tu la kreatif namanya....tak boleh kata 'silap'...yang rosak ni lah yang mahal.







tembikar yang berakar ni jadi hiasan kat tepi wakaf di Perbadanan Kraftangan Perak. cikgu berkenan sangat ...rasa nak curi..... astaghafirullah.....! kene kuatkan iman.



ni cara-cara bagaimana nak membuat kraf Tekat. Tangan kiri memengang cuban benang kapas (di bawah kain baldu) dan tangan kanan memengang cuban benang emas. tu la sebabnya hanya benang emas sahaja yang kelihatan di atas manakala benang kapas hanya berada di bawah kain baldu.


pelajar mendengar dengan khusyuk penerangan daripada kurator bagaimana untuk menghasilkan tembikar menggunakan acuan.


Ya Allah...yang ni lagi cantikkkkk.....












masing-masing shoping..... berkenannya.. beli, jangan tak beli... kalau tak beli ,..nanti balik nangis
Mercu tanda Kuala Kangsar Bandar Di Raja.
Pada sebelah petang pula para pelajar dibawa ke Galeri Sultan AZlan Shah (istana lama dijadikan muzium untuk mempamerkan segala kelangkapan Diraja.


Cakk......
macam kanak-kanak riang......
macam iklan balik kampung pulak.!


Puteri mane lak yang masih menginap kat Istana Kenangan ni...? oooo puteri sulong cikgu zaharah rupanya....
Istana ni penuh dengan ukiran kayu. Hasil binaannya pun langsung tidak menggunakan paku...hanya mengunakan pasak dan tanggam sahaja.

ni dayang kooot....





Kenangan di Masjid Besar Kuala Kangsar. Terkenal dengan masjid yang paling banyak kubah dan tercantik di Asia Tenggara.








pagi hari ketiga, kami mula berkemas-kemas untuk check-out. pagi ni tak dek aktiviti lain, melainkan pergi ke destinasi yang di tunggu-tunggu......Lost World of Tambun... harap-harap bebudak ni tak lost kat situ...









nganga cikgu Rosni....tak nak balik kot...




Fuuyoo....bestnya..ni mesti naik 8 kali lagi..kalau tak ... mimpi nyesal.
















Aduyaiiii.....pening kepala aku.



selain mandi manda, boleh gak kayuh itik plastik ni....








cikguuuuuuuu....taknak balikkkkkk......













lapooooooorrrr....





"macam mana ada lipas separuh plak dalam nasi ni, mana lagi separuh ?"" eh nampak macam kesan gigi aku jer kat badan lipas ni.""jangan-jangan aku dah telan"" alah sedap gak rasanya tadi"



Dah kenyang..? Jom kite balikkk........


cam biasa ...cikgu suka buat soalan...saper dapat jawab cikgu hadiahkan RM10 rial....lumayan...rugi kalau tak dapat jawab...tu sebabnya ...catatan tu sangat penting, walau kemana kita melawat.

wajah-wajah yang keletihan.........ciannnnnn dier...anak saper niii.







No comments:

Post a Comment