Saturday, April 17, 2010

Orientasi Pelajar Tingkatan 6 Bawah


Mata pelajaran Seni Visual mula ditawarkan kepada pelajar STPM di SMK Abu Bakar pada Tahun 2003. Pada tahun ini hanya 6 orang calon sahaja yang berani memilih mata pelajaran ini, dan Seni Visual merupakan mata pelajaran pilihan yang kelima. Mereka sanggup menghadapi risiko kerana pada masa itu tiada guru yang perpengalaman untuk mengajar mata pelajaran ini di peringkat STPM.


Mata pelajaran Seni Visual pula telah mengalami perubahan berbanding Kertas Lukisan STPM (2001) yang hanya melibatkan kemahiran melukis. Sukatan pelajaran yang baru melibatkan kemahiran menjawab soalan teori dalam bentuk essei. Perubahan ini menyebabkan mata pelajaran ini menjadi relevan dalam bidang pendidikan terkini dan diterima sebagai mata pelajaran yang setaraf dengan mata pelajaran lain di peringkat university. Bermaksud, mata pelajaran Seni Visual diterimapakai untuk permohonan ke university bagi semua jenis kursus yang ditawarkan.


Kelebihan Kertas Seni Visual STPM ialah ia menawarkan Kertas Projek Penghasilan Karya (Kerja Kursus) yang dapat member ruang kepada pelajar untuk terus menghasilkan yang terbaik bagi tempoh yang ditetapkan. Justeru peluang pelajar untuk lulus mata pelajaran ini terbuka luas berbanding mata pelajaran yang berorientasikan peperiksaan sahaja.


Berbalik kepada cerita 6 orang calon pertama STPM SMK Abu Bakar, guru yang mengajar pula adalah guru yang tiada pengalaman mengajar sukatan peringkat STPM. Saya yang mengajar mereka pada masa itu cuba sedaya upaya mencari maklumat daripada guru-guru di sekolah yang berdekatan. Berkat ketekunan pelajar-pelajar ini, mereka telah lulus dengan baik (B+ : seorang, B: 2 orang, B:seorang dan C:seorang, manakala seorang telah meninggal dunia). 4 orang daripada mereka telah berjaya ke university. Tahun-tahun berikutnya:


- Tahun 2004: 10 calon, semua lulus dengan 8 orang Berjaya ke university.
- Tahun 2005: 15 calon, 2 calon gagal; 10 calon ke university.
- Tahun 2006: 18 calon, semua lulus, 15 calon ke university.
- Tahun 2007: 22 calon, semua lulus.
- Tahun 2008: 18 calon, semua lulus.
- Tahun 2009: 20 calon, semua lulus.
- Tahun 2010: 25 calon, gerenti semua lulus cemerlang.


Setiap kali keputusan STPM diumumkan, sudah menjadi kebiasaan ramai pelajar Seni Visual akan berjumpa cikgu dan mengucapkan terima kasih atas tunjuk ajar. Antara kata-kata pelajar yang cikgu tak boleh lupa ialah:


1. Juraiti daripada Lancang (2004): “terima kasih cikgu kerana menjadikan saya seorang manusia yang Berjaya menapak ke Menara Gading. Selepas SPM saya rasa rendah diri, selepas STPM saya bangga saya dapat buat digree.” (digree di UITM, KPLI di UPSI).
2. Shahrul Rizan daripada ABS (2008):” terima kasih cikgu kerana telah menaikkan semangat saya untuk sambung belajar. Masa SPM saya malu dan rendah diri, kerana ramai kawan dapat masuk U, saya tak dapat. Sekarang setelah memperoleh 4P, saya bersemangat untuk buat digree.”


KENAPA ANDA PERLU NAIK KE TINGKATAN ENAM…….


  • Belum/Tidak mendapat tawaran diploma dari universiti

  • Bagi mendapatkan sijil STPM (untuk temuduga polis)

  • Bercita-cita melanjutkan pelajaran ke universiti.

Cikgu akan menyentuh tentang sebab ketiga iaitu ingin melanjutkan pelajaran ke universiti. Syabas. Pilihan anda untuk ke Tingkatan Enam sebagai anak tangga ke universiti bagi mendapat segulung ijazah (bukan diploma) lebih baik dan menguntungkan.


KENAPA PERLU PILIH MATA PELAJARAN SENI VISUAL?



  • berbakat seni. Ingin berkerjaya dalam bidang Seni Visual.

  • tidak berbakat . Tetapi tercari-cari subjek yang boleh membantu mendapatkan pointer yang baik dalam STPM, supaya dapat masuk 'U'.

Alasan yang pertama memang tidak dapat dinafikan lagi, anda WAJIB ambil subjek Seni Visual. Tetapi di sini, cikgu nak berbincang dengan pelajar yang masih was-was. Dalam masa yang sama, semua pelajar perlu tahu kelebihan anda ambil subjek Seni Visual sebagai satu mata pelajaran STPM. Di dalam Seni Visual, terdapat 3 Kertas peperiksaan yang wajib diambil oleh calon.

BENTUK PEPERIKSAAN SENI VISUAL DAN WAJARAN

a) Kertas 1 - Teori Seni Visual - Teori - wajaran 40%
b) Kertas 2 - Lukisan - Praktikal - wajaran 25%
c) Kertas 3 - Projek Penghasilan Karya - Kerja Kursus (teori dan praktikal) -wajaran 35%

Jika diperhatikan dari jadual di atas, Kertas 1 iaitu Teori Seni Visual mempunyai nilai paling tinggi iaitu 40%. Ini bermakna, pelajar yang tahu melukis sedikit-sedikit sahaja, mampu mencapai markah yang tinggi dalam subjek Seni Visual. Pelajar aliran Sains atau yang mengambil Lukisan Kejuruteraan (SPM), yang ingin bertukar ke aliran Kemanusiaan semasa di Tingkatan Enam digalakkan untuk mengambil subjek ini atas sebab-sebab mereka ini mampu dan boleh cemerlang dalam Kertas 1 Teori Seni Visual ini.

Selain daripada itu, Kertas 3 Projek Penghasilan Karya adalah di dalam bentuk Kerja Kursus. Sebagaimana yang anda sedia maklum, penghasilan kerja kursus diberi satu tempoh yang panjang, supaya anda dapat menghasilkan yang terbaik dan seterusnya mendapat markah yang tinggi. Sehingga hari ini, cikgu hanya tahu bahawa satu-satunya subjek STPM yang ada kerja kursus ADALAH SENI VISUAL!.

Bagi Kertas 2 Lukisan pula, latihan berterusan serta aplikasi teknik dapat membantu anda untuk lulus Kertas ini. Walaupun anda GAGAL Kertas Lukisan, anda masih boleh mendapat prinsipal untuk mata pelajaran Seni Visual! Bukan hendak menggalakkan anda gagal Kertas Lukisan ini, cuma mahu memberi motivasi kepada mereka yang tidak pandai melukis. Kalau mahir melukis, ia merupakan bonus untuk anda. Tapi anda perlu cemerlang juga dalam Kertas 1 Teori Seni Visual jika mahu dapat Prinsipal A untuk subjek ini.

Daripada pengalaman cikgu, ramai pelajar yang tidak berbakat besar dalam bidang Seni Visual, mampu meraih Prinsipal A untuk Seni Visual. Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar ini membuat yang terbaik untuk Kertas 1 Teori Seni Visual dan mendapat A untuk Kertas tersebut. Pelajar begini juga mempunyai iltizam yang kuat untuk berjaya jadi mereka berusaha untuk menghasilkan kerja kursus sebaik mungkin walaupun lukisan mereka akan ditolak (reject) berkali-kali.

belajar seni merupakan satu pengalaman yang menarik dalam hidup mereka selain daripada dapat membantu melepasi syarat umum ke universiti.

Pengalaman menghasilkan folio dan hasil karya seni dapat menjadikan seseorang pelajar itu lebih tabah, lebih kuat emosinya. Hal ini demikian kerana subjek Seni Visual digubal sukatannya sedemikian rupa bagi memenuhi aspek psikomotor, kognitif dan emosi para pelajar.

Kalau nak tahu macam mana bestnya belajar Seni, naiklah Tingkatan Enam dan ambil Seni Visual. Macam yang cikgu selalu kata, kalau nak masuk 'U', biar la ambil ijazah terus. Jimat kos tak payah ambik diploma dulu sebab Diploma 3 tahun dengan STPM 1 tahun 6 bulan, setaraf je..


Bak kata Nabil, Lu Pikir la Sendiri!


1 comment:

Angohjee said...

Assalamualaikum cikgu. Betul ke kalau tak ambil seni masa spm, tapi nak ambil seni masa stpm, susah nak masuk U sbb U tengok juga result spm? Saya memang dari kecil lagi dah minat seni lukis. Bila naik tingkatan empat, saya kecewa sbb kata guru2, pelajar bebas memilih aliran yang diminati. Tapi saya pula cikgu sudah tetapkan, kena masuk aliran sains tulen. Saya mohon tukar aliran. Pihak atasan bagi tapi dengan syarat kena ambil Prinsip perakakaunan. Mereka kata, kalau tak nak akaun, maka duduklah belajar sains tulen sampai spm. Jadi lepas spm, saya masuk stpm, nak ambil seni. Tapi, cikgu seni saya kata kalau tak ambil seni ketika spm, susah nanti sbb u tengok juga result spm, samaada pernah ambil atau tidak. Jadi saya nak tanya cikgu. Betul ke semua tu? Adakah saya patut korbankan minat saya demi kelangsungan hidup nanti? Terima kasih.

Post a Comment