Tuesday, May 11, 2010

lawatan ke Kuala Terengganu pd 28.5.2008


Sempena hari Hol negeri Pahang, kelab seni mengambil peluang untuk meluaskan langkah ke Kuala Terengganu. Cuti Hari Hol jatuh pada hari khamis, jumaat apa lagi .....ponteng...!! tak la... kami dapat pelepasan menggunakan satu hari persekolahan untuk aktiviti lawatan. Dalam setahun hanya dibenarkan 2 hari sahaja, dengan melayakkan 2 kelab sahaja dibenarkan dengan mendapat persetujuan daripada pengetua.

bertolak dari sekolah pada pukul 3.00 pagi dengan harapan agar pukul 10.00 kami dapat sampai ke destinasi.

Selepas sarapan di pertengahan jalan, kami sampai ke destinasi yang pertama iaitu Muzium negeri.

Berkumpul di hadapan pintu masuk Muzium.... mana pintu muziumnyer?.... rupa-rupanyer jauh di hadapan.
















Perbincangan antara guru pengiring... pastikan setiap guru mendapatkan maklumat untuk dijadikan soalan kuiz nanti.















Malangnye di dalam muzium tak dibenarkan mengambil apa-apa gambar. So pelajar pun diarahkan untuk bergerak secara berkumpulan dan mencatat maklumat yang dilihat. Sehingga tengahari pelajar di lihat menjelajah ruang dalam muzium...penat juga. Setelah makan tengahhari direstauran tempatan kami meneruskan lawatan ke Sutera Semai.. iaitu tempat menenun songket. pelajar diberi penerangan bagaimana sutera diperolehi.

Melopong semuanya.
Di Sutera semai juga pelajar melihat demontrasi mencanting batik.












Seterusnya pelajar dibawa ke ruang pameran Sutera Semai, untuk melihat produk songket yang dihasilkan.... cantik-cantik belaka. Tapi mahal gila..... tak mampu nak beli.








Kemudian kami melihat bagaimana produk tembaga dihasilkan. tembaga yang telah dicairkan perlu dituang ke dalam acuan yang diperbuat daripada tanah liat.






Dari Sutera Semai kami di bawa ke tempat penginapan tengah-tengah bandar Kuala Terengganu... bersebelahan pula dengan Kamdar...apa lagi, cikgu perempuan gi shoping la pulak.
Pada hari kedua, kami ke bengkel pembinaan perahu kolek. Tak sangka tutup... sebab ada perasmian serta majlis anugerah kepada pandai tukang perahu. Pelajar dijemput terus ke majlis tersebut.


beberapa model perahu kolek dipamerkan. cikgu sempat beli buku mengenai rekabentuk perahu tradisional untuk dijadikan koleksi bacaan pelajar di bilik seni.































Kemudian kami ke Pulau Wan Man untuk melihat replika masjid-masjid antarabangsa di Taman Tamaddun Islam. Pelajar dikenakan bayaran sebanyak RM 10.00 seorang.
Pelajar mendengar penerangan daripada staff yang bertugas.
Ali kelab seni mendengar penerangan dengan penuh kusyuk.... takut tercicir maklumat.






di hadapan masjid Kristal.

















Didalam Masjid Kristal... keadaan kubah yang unik dan siling yang mengkagumkan.














Replika masjid yang terdapat di India yang diperbuat dengan menggunakan tanah liat sebagai bahan utamanya.















Ni kat masjid kristal ....... bergambo sakan.
Dah buat solat sunat ke makcik dua orang ni.















Untuk mengelilingi Taman Tamaddun Islam ini, pelawat boleh berjalan kaki, berbasikal atau menaiki coaster yang disediakan.... tak sempat amik gambar sebab sibuk naik coasternya.









Dah penat di masjid Kristal kami pun ke Pasar Payang untuk makan dan membeli belah. Tak de satu pun gambar pelajar di Pasar Payang... sebab semua hilang mengikut langkah masing-masing. Dari Pasar Payang kami bertolak pulang ke Temerloh. Dalam perjalanan pulang kami singgah sebentar di Arfa Batik.....tak sesuai bawa pelajar ke sini sebab harganya mahal-mahal belaka. Cikgu pun tak de mood nak ambik gambar.... terus balik ke Temerloh. Tiba di Temerloh pada pukul 11.00 malam.

No comments:

Post a Comment