Thursday, April 29, 2010

lagi mengenai soalan 1

Pada 29.4.2010 yang lepas sepatutnya pelajar Tingkatan 6 ABS dan Mengkarak menyertai Bengkel Kecemerlangan Sastera & Seni Visual STPM di Dewan Kuliah SMK Abu Bakar. Malang sekali lagi program ini ditunda oleh GPK 1 dan GPK T6 tanpa pengetahuan cikgu, sedangkan persetujuan telah pun dibuat iaitu pelajar boleh memilih sama ada untuk ke Kuala Lumpur (lawatan cikgu Syakila) atau menyertai bengkel seni. Memandangkan mungkin ramai pelajar cikgu tak nak pergi ke Kuala Lumpur, tiba-tiba keluar pula arahan semua 'wajib' pergi. Apalaaaa...

Cikgu betul-betul terkejut dengan kehadiran 15 orang pelajar dari SMK Mengkarak bersama 3 orang guru....... rupa-rupanya mereka tidak diberitahu langsung mengenai penundaan/pem batalan bengkel tersebut...kesiaaannnnnn diaorang.

Para pelajar yang hadir ialah:
  1. Norhidayah bt Sulaiman
  2. Nuur Bariyah bt Mohd Asri
  3. Marasida A/P Omar
  4. Logeswari A/P Subaniam
  5. Chong Chai Hong
  6. Hazliza bt Hamdan
  7. Nor Suhaila bt Rashadan
  8. Hamidah bt Ab Karim
  9. Mohd Fahatir b Redzuan
  10. Mohd Sadam b Daim
  11. Mohd Kamal b Ibrahim
  12. Mohd Nur Nashrieq b Omar
  13. Mohd Azuan b Abdul Malik
  14. Mohd Firdaus b Yusrizal
  15. Muhammad Azuan b Zainudin

Cikgu minta maaf kepada 15 orang pelajar dan 3 orang guru (cikgu Ibrahim) yang bersusah payah ke ABS dengan hasrat untuk menyertai bengkel tersebut. Walau bagaimana pun cikgu berusaha berikan sesuatu ilmu pada mereka. Cikgu paparkan contoh daripada Zaki dan Faiq. Nasib baik juga Hafizuddin tak pergi ke KL, dapat juga cikgu tunjukkan hasil kerja Hafizuddin yang hebat tu...

Akhir kata cikgu ucapkan semoga pelajar PSV Mengkarak dapat melaksanakan kerja kursus PSV STPM 2010 dengan baik dan cemerlang.

Berikut cikgu paparkan emel yang cikgu peroleh daripada kawan cikgu (Salbiah Yahya) dari Terengganu, dia pula peroleh bahan ini dari Kelantan.

Lukisan sumber idea.
Lukis beberapa subjek/hal benda yang bersesuaian dengan tema teknologi digital; contoh seperti GPRS, games dan pemain cakera padat dan sebagainya.





















Kaitkan dengan nilai kemanusiaan; contoh leka bermain, hidup yang penuh dengan muzik- bersuka-ria dan sebagainya.











Contoh-contoh yang telah disiapkan oleh pelajar.



































Warnakan subjek anda denga berbagai teknik dan warna.
















lukisan pelajar juga boleh diwarnakan di atas kertas yang berwarna.



































































































semoga folio yang pelajar hasilkan memperoleh markah yang cemerlang.

No comments:

Post a Comment